Now Reading
Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

Bayi itu sempat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dengan kehadiran cahaya mata. Terutamanya, anak sulung.

Anak sulung selalunya akan diberikan perhatian yang lebih oleh kerana pada ketika itu pasangan suami isteri masih belajar bagaimana caranya untuk menjadi ibu bapa yang baik.


Anak meninggal dunia selepas sebulan hantar ke pengasuh

Walau bagaimanapun, satu kejadian sedih telah menimpa seorang ibu baru-baru ini di mana anak sulungnya yang berusia empat bulan disahkan meninggal dunia.

Memetik laporan, bayi perempuan berusia empat bulan, Luna Aralyn Amar Ridhwan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuhnya sebelum ditemui lemah dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada 7 Disember.

Kredit: Utusan Malaysia

Ibu bayi, Lilis Handayani Sukran, 24, meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak tunggalnya yang baru dilahirkan akhir Julai lalu.

Masa itu, saya berada di tempat kerja, dapat panggilan dari pengasuh yang memaklumkan muka anak sudah biru dan dia suruh segera datang ke rumahnya. Bayi ini merupakan satu-satunya anak saya dan baru sebulan dihantar ke rumah pengasuh.

Lilis Handayani Sukran, ketika ditemui Utusan di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ.

Lilis mendapati keadaan kulit wajah anaknya pada ketika itu telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

Bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian.

Bedah siasat akan dilakukan

Mengulas lanjut, bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non, 32, berkata buat masa ini punca kematian masih belum dikenal pasti dan keputusan hasil bedah siasat hanya akan diperoleh dalam masa terdekat.

Jenazah bayi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol.

Bapa saudara bayi tersebut, Nashrullah Mohd. Non etika ditemui Utusan di Jabatan Perubatan Forensik, HTJ.

Takziah dari ahli keluarga rapat

Menjengah di media sosial mendapati beberapa orang ahli keluarga bayi tersebut turut terkilan dengan apa yang berlaku.

Malah, ibu saudara bayi berkenaan turut menyatakan hasratnya yang ingin membawa bayi itu pulang ke Kelantan sementara menunggu ibunya berhenti kerja.

Namun, apakan daya tidak kesampaian.

Kami di TRP mengucapkan takziah buat keluarga bayi berkenaan. Semoga mereka semua tabah menghadapi saat duka ini.

Innalillah waina ilayhi raji’un.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd