Now Reading
Bayi 8 Bulan Maut Gara-gara Ditinggalkan Dalam Kereta Hampir 10 Jam

Bayi 8 Bulan Maut Gara-gara Ditinggalkan Dalam Kereta Hampir 10 Jam

Si ibu difahamkan tidak menyedari bahawa dia telah meletakkan anaknya di bahagian belakang tempat duduk penumpang dalam kereta untuk dihantar ke taska.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu insiden menyayat hati dilaporkan berlaku semalam (5 Oktober), apabila seorang bayi berusia 8 bulan telah meninggal dunia selepas hampir 10 jam ditinggalkan di dalam kereta.

Menurut laporan, bayi perempuan berkenaan telah ditinggalkan di parkir kereta hospital oleh ibunya yang bekerja sebagai seorang doktor Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) Cheras.


Doktor Tidak Sedar Telah Tinggalkan Anak Di Belakang Tempat Duduk Kereta Hampir 10 Jam

Menerusi kenyataan PDRM, seorang kanak-kanak perempuan telah dikejarkan ke HCTM sekitar jam 5.53 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurut Pegawai Perubatan HCTM, bayi tersebut telah disahkan meninggal pada hari yang sama.

Susulan siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, si ibu difahamkan telah meletakkan anaknya di bahagian belakang tempat duduk penumpang sebelah kiri dalam kereta itu untuk dihantar ke taska sebelum ke tempat kerja.

Namun tanpa disedari, wanita itu meneruskan perjalanan ke HCTM tanpa menghantar bayi perempuannya ke taska.


Si Ibu Terima Panggilan Dari Suami Mengatakan Anak Tiada Di Taska

Pada jam 5.30 petang, si ibu telah dihubungi oleh suaminya yang mengatakan bahawa anak perempuan mereka tiada di taska.

Selepas diperiksa sekali lagi oleh si suami, wanita tersebut terus menuju ke kereta di parkir dan menemukan bayinya dalam keadaan tidak bermaya.

Wanita itu kemudian bertindak memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke wad kecemasan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut sumber Astro Awani, bantuan pernafasan oleh si ibu telah dilakukan selama enam minit, namun mangsa tidak menunjukkan sebarang tindak balas.


Pihak Polis Sedang Siasat Kes Ini Di Bawah Akta Pengabaian Anak-anak

Kematian si bayi diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian anak-anak.

Pihak PDRM dalam masa sama menyeru orang awam yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan untuk menghubungi Hotline Polis Cheras: 03-92845050/5051 atau Hoteline Polis Kuala Lumpur: 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Facebook Polis Cheras

Si Ibu Didakwa Mempunyai Sindrom ‘Forgotten Baby’

Rata-rata orang ramai di media sosial meluahkan rasa kekecewaan terhadap insiden yang memilukan ini.

Menurut pandangan seorang pakar kesihatan mental dikenali sebagai Aiman Amri di laman X (Twitter @AimanPsikologi), kejadian ini berkemungkinan terjadi disebabkan si ibu mempunyai sindrom ‘Forgotten Baby’.

“Tak ada ibu yang sengaja nak ini terjadi”, ujar Aiman.

Menerusi hasil carian kami, sindrom ‘Forgotten Baby’ boleh ditafsirkan sebagai ibu bapa yang secara tidak sengaja meninggalkan bayi atau anak kecil di dalam kereta berkunci.

Menerusi penjelasan dari sudut perubatan, ibu bapa yang mempunyai sindrom ini dikatakan boleh berjalan keluar dari kereta tanpa memikirkan anak mereka di tempat duduk belakang.

Kes seperti ini kebiasaannya terjadi apabila para ibu bapa terlalu memberi tumpuan dan memikirkan hal lain hingga boleh memberikan kesan buruk terhadap si anak.

Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, Aiman telah memberi saranan kepada ibu bapa untuk mengaktifkan fungsi ‘Child Reminder’ dalam aplikasi Waze.

Mod ‘Child Reminder’ tersebut berfungsi untuk memberi peringatan kepada ibu bapa bahawa adanya anak kecil di dalam kereta ketika tiba di destinasi.

Sumber: X (Twitter @AimanPsikologi)

Baca Artikel Berkaitan: Muka Pucat & Biru, Bayi 4 Bulan Meninggal Dunia Selepas Sebulan Dijaga Pengasuh

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Pucat Lepas Ditinggalkan 40 Minit Dalam Kereta Dengan Enjin Mati

Baca Artikel Berkaitan: “Anak Syurga” – Kanak-kanak 4 Tahun Meninggal Dunia Ketika Tunai Umrah Di Madinah

Sumber: Astro Awani | X (Twitter @AimanPsikologi) | Carlson Law Firm


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd