Now Reading
Wanita Ini Kongsi 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Tiny Bumps Pada Kulit Wajah

Wanita Ini Kongsi 5 Tips Mudah Untuk Hilangkan Tiny Bumps Pada Kulit Wajah

Antara punca yang menyebabkan ‘tiny bumps’ muncul pada wajah adalah kerana tidak mencuci mekap dengan betul dan kerap berasa tertekan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memiliki kulit wajah yang cantik dan mulus adalah idaman setiap wanita. Siapa je tak nak kulit flawless kan? Bila kulit cantik, tak perlu dah pakai mekap tebal-tebal pada muka.

Tetapi ada sesetengah wanita pula yang sering mengalami masalah seperti munculnya bintik-bintik kecil atau ‘tiny bumps’.

Kepada anda yang berdepan dengan situasi seperti itu, jangan risau. Jom kami kongsikan tips berguna untuk anda.


Kenapa Boleh Adanya ‘Tiny Bumps’ Pada Kulit Muka?

Sebelum itu, anda perlu mengetahui beberapa faktor yang boleh menyebabkan kulit wajah seseorang dinaiki ‘tiny bumps’. Antara puncanya adalah:

  • Tidak mencuci mekap dengan bersih.
  • Tidak mengamalkan ‘double cleansing’.
  • Menggunakan produk penjagaan wajah yang bersifat komodogenik.
  • Menggunakan produk penjagaan wajah yang tidak bersesuaian.
  • Menggunakan foundation tidak bersesuaian dengan kulit wajah
  • Kerap berasa tertekan.
  • Kerap menyentuh muka dengan tangan yang tidak bersih.

Cara Untuk Atasi Masalah ‘Tiny Bumps’

Bagi menghilangkan ‘tiny bumps’ pada muka anda, berikut adalah tips yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman X (Twitter @zalyazahari). Antaranya:

#1. Double Cleansing Setiap Hari
Sumber: Murad Skincare

Tips pertama adalah dengan mengamalkan teknik double cleansing setiap hari menggunakan micellar water.

Caranya adalah dengan mengambil kapas dan meletakkan dua pam micellar water sebelum anda mencuci pada permukaaan wajah.

Kalau boleh buat sekali pada waktu pagi iaitu sebelum membasuh muka dan sekali lagi sebelum tidur. Confirm boleh nampak kotoran yang keluar.

#2. Exfoliate Muka Dua Kali Seminggu
Sumber: Insider

Teknik lain adalah dengan exfoliate kulit muka dengan oil cleansing dua kali seminggu. Urut perlahan-lahan dalam tiga hingga empat minit dan anda akan lihat blackhead atau whitehead mula keluar.

#3. Pakai Claymask
Sumber: 100percent pure

Claymask ini berfungsi untuk menyerap lebihan minyak pada muka dan menarik keluar pori-pori yang tersumbat yang menjadi punca kepada masalah ‘tiny bumps’.

#4. Guna Produk Yang Melembapkan Kulit Wajah
Sumber: InStyle

Kebiasaannya ‘tiny bumps’ muncul sekiranya kulit anda terlampau kering. Jadi bagi mengelakkan berlaku, anda boleh mula menggunakan produk toner atau pelembap wajah yang mengandungi Asid Hyaluronik.

#5. Cuci Tangan Sebelum Pegang Muka
Sumber: Pexels

Sebelum pegang muka dan memulakan rutin penjagaan wajah, kena bersihkan tangan dulu. Kita mungkin tak nampak kuman-kuman pada tombol pintu dan juga telefon, tetapi ada ya.

Antara tips lain yang anda boleh amalkan adalah:

  • Menukar cadar seminggu sekali.
  • Menukar tuala mandi seminggu sekali.
  • Menggunakan tisu atau tuala khas untuk mengelap muka.
  • Mencuci mekap sebelum tidur menggunakan oil cleansing dan micellar water.

Namun bagi mereka yang mempunyai tiny bumps atau jeragat yang banyak pada muka, anda tidak digalakkan untuk scrub dan menggunakan oil cleasing kerana berisiko membuatkan kulit semakin teruk.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda semua. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Jenama Kecantikan Omno Tembusi Pasaran Malaysia. Tawar 3 Jenis Bau Handwash Yang Menarik!

Baca Artikel Berkaitan: “Beauty Meets Fashion” – Good Virtues Co. Muncul Jenama Pertama Berkolaborasi Dengan Rico Rinaldi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd