Now Reading
[Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

[Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Antara produk penjagaan kulit wajah yang perlu dipakai setiap hari adalah sunscreen..

mac clinic coolsculpting (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan setiap wanita tidak mengira usia tua atau muda pastinya mengimpikan badan yang langsing dan menawan.

Tetapi mungkin disebabkan rutin harian yang terlalu sibuk membuatkan golongan wanita tidak sempat untuk mengamalkan pemakanan yang sihat atau melakukan aktiviti senaman dengan secara konsisten.

Kadangkala geram juga melihat lemak-lemak degil pada badan yang sukar untuk dibuang seperti di bawah lengan, dagu serta belakang betis.


Sesi Perkongsian Bersama M.A.C Clinic

Semalam (7 September), team TRP telah dijemput oleh M.A.C Clinic untuk menerokai lebih lanjut tentang rawatan bagi menguruskan tubuh badan.

Untuk pengetahuan anda, M.A.C Clinic adalah premis yang menawarkan pakej melangsingkan tubuh badan dengan membuang lemak-lemak degil menggunakan mesin teknologi mereka.

Antara ‘highlight’ ketika sesi tersebut adalah tentang rawatan ‘Coolsculpting‘.

Menariknya tentang rawatan ‘Coolsculpting’ ini, mereka menggunakan kaedah saintifik yang dipanggil sebagai ‘Cryolipolysis’ yang akan membekukan lemak badan.

Kaedah itu dilakukan dengan meletakkan alat yang digunakan pada suhu yang sangat sejuk.

mac clinic coolsculpting
Sumber: TRP

Dalam rawatan ini, hanya sel lemak sahaja yang akan dihapuskan manakala sel sihat yang lain tidak akan diganggu.

Untuk rekod, rawatan ini bukanlah bertujuan melangsingkan badan tetapi lebih kepada membuang lemak yang degil yang sukar bagi dihapuskan meskipun sudah mengamalkan diet serta bersenam.


Doktor Kongsi Tips Jaga Kulit Wajah Bagi Anak Muda

Selain rawatan pelangsingan badan, M.A.C. Clinic juga menawarkan sesi merawat wajah yang bermasalah.

Team TRP sempat berbual bersama salah seorang pengamal perubatan di M.A.C. Clinic iaitu Dr Ong Yan Ying tentang penjagaan kulit wajah melibatkan golongan muda.

Menurutnya, kebanyakan individu yang mula datang ke premis mereka untuk merawat wajah adalah dari kalangan individu berusia 30 tahun dan ke atas.

Susulan itu, kami bertanya sendiri kepada Dr Ong tentang tips untuk golongan muda menjaga kulit wajah pada usia awal.

Biasalah bila usia semakin tua, kulit kita akan mula keluar kedutan yang membuatkan ramai wanita risau. Cara nak jaga kulit wajah senang je, tak perlu pakai banyak produk pun. Cukup dengan pakai produk penjagaan kulit wajah yang asas sahaja. Penting juga untuk pakai sunscreen setiap hari.

Dr Ong Yan Ying berkata kepada TRP.
Salah seorang doktor di M.A.C. Clinic, Dr Ong Yan Ying.

Tambahnya lagi, golongan muda seharusnya fokus dalam pemakaian produk penjagaan kulit wajah yang asas dan tidak sepatutnya kerap membuat rawatan pada wajah sebagai langkah untuk menghalang wajah semakin menua.

Orang muda kalau boleh jangan awal sangat buat rawatan muka dengan alasan untuk prevention. Fokus sahaja dengan produk penjagaan kulit wajah yang asas dan selesaikan masalah seperti acne jika ia mula muncul. Jangan pakai terlalu banyak produk penjagaan kulit wajah ya.

Dr Ong Yan Ying berkata kepada TRP.

Tidak kira sama ada anda mahu menjaga keseluruhan tubuh badan atau hanya wajah, yang penting kena konsisten dan berpada-pada.

Amalkan pemakanan yang sihat dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu boleh membantu anda mendapatkan badan yang ideal pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!

Artikel Berkaitan: Hilang 6 KG dalam 7 Hari, Wanita Ini Kongsi Cara Diet ‘General Motor’

Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd