Ini Punca Golongan Muda Diserang Slipped Disc
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kondisi Slipped Disc berlaku apabila cakera yang berada di antara tulang belakang, haus hingga menyebabkan ia terkeluar dari kedudukan normalnya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Oleh disebabkan rutin harian yang diamalkan tidak kiralah di rumah atau di tempat kerja, golongan muda juga tidak terkecuali untuk mempunyai masalah kesihatan.
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!
Kadangkala, anda tidak menyedari bahawa tabiat yang dilakukan setiap hari seperti duduk di atas kerusi sepanjang masa juga mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri.
Apa Itu Slipped Disc?
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapan di laman X telah berkongsi tentang satu keadaan Slipped Disc pada tulang belakang manusia yang juga dipanggil sebagai PIDÂ (prolapsed interverterbral disc).
Slipped Disc ialah satu kondisi di mana berlakunya gelinciran disk (cakera) yang haus atau bocor di antara tulang belakang yang menyebabkan ia terkeluar dari kedudukan normalnya.
Situasi sebegitu boleh berlaku di mana-mana lokasi tulang belakang termasuklah cervical, thoracic dan lumbar.
Punca Berlaku Slipped Disc
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu didiagnos Slipped Disc. Antara faktornya adalah:
- Proses penuaan manusia.
- Postur badan yang tidak betul.
- Menggunakan sendi otot dengan cara yang salah.
- Faktor genetik atau keturunan.
- Terlibat dalam kemalangan atau pernah dipukul dengan kuat.
Namun begitu, perlulah diingatkan bahawa sakit belakang yang biasa adalah berbeza dengan Slipped Disc.
Memetik Hello Doktor, masalah sakit belakang biasa boleh pulih dengan sendiri dalam masa beberapa minggu sahaja manakala Slipped Disc akan bertambah teruk sekiranya tidak mendapatkan sebarang rawatan.
Dalam sesetengah kes Slipped Disc, ada juga pesakit yang perlu menjalani pembedahan. Hal ini berlaku apabila rawatan lain yang diterima tidak mampu mengurangkan kesakitan tulang belakang dialami.
Siapa Berisiko Alami Slipped Disc?
Buat anda yang tertanya-tanya, terdapat beberapa faktor yang mendorong seseorang itu mengalami Slipped Disc.
Seperti yang dikongsi oleh seorang doktor Med-evac di laman X, dia berkata ramai di kalangan golongan muda pada masa kini sudah mengalami masalah tersebut walaupun belum lanjut usia.
Berikut kami kongsikan golongan yang berisiko mengalami masalah tersebut. Antaranya:
- Lelaki yang berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun.
- Mereka yang sering mengangkat barangan berat dengan postur badan yang salah.
- Individu yang mempunyai berat badan berlebihan hingga menyebabkan tekanan yang lebih pada bahagian ‘disc’ tulang belakang.
- Individu yang sering memandu dalam jangka masa panjang.
- Mengamalkan gaya hidup sedentari iaitu sering duduk atau baring dalam tempoh masa lama.
- Golongan perokok kerana ia akan menyebabkan ‘disc’ pada tulang belakang menjadi lemah dengan kadar yang cepat.
Langkah Mencegah Masalah Slipped Disc
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, masalah Slipped Disc mampu menyerang golongan muda. Namun usah risau, terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan dalam rutin harian bagi mengelakkan kondisi tersebut berlaku.
Antara langkah pencegahan disarankan oleh KKM adalah:
- Memperbaiki postur badan.
- Berhenti tabiat merokok dengan serta merta.
- Kerap melakukan senaman.
- Mengatasi masalah tekanan yang dihadapi.
- Mengekalkan berat badan ideal.
- Mengangkat barangan berat dengan cara yang betul.
- Menukar kedudukan tempat duduk secara kerap.
Kalau anda telahpun didiagnos mempunyai masalah tersebut, jangan panik. Anda haruslah kekal bersabar dan melakukan segala perkara yang dinasihatkan oleh doktor.
Antaranya ialah mendapatkan rehat mencukupi, tidak memaksa diri untuk mengangkat barang berat, meletakkan pad pemanas dan yang paling penting adalah tidak sesekali meninggalkan ubat.
Untuk info, walaupun anda sudah pulih, namun terdapat keberangkalian sebanyak 5% hingga 10% untuk Slipped Disc kembali menyerang pada masa hadapan.
Oleh disebabkan itu, janganlah pula dipandang ringan sahaja kes ini dan sentiasa cakna tentang kesihatan postur badan. Jaga diri semua!
Baca Artikel Berkaitan: Bersenam Waktu Malam, Bahaya Atau Tidak Untuk Kesihatan?
Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Kongsi 5 Vitamin Penting Untuk Badan Sebelum Usia 40 Tahun
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram