Now Reading
5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!

5 Tips Elak Pekak Pada Usia Muda, Jangan Selalu Pakai Headphone Salah Satunya!

Menurut Dr. Samhan, telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20,000 Hz (20kHz) sahaja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika dilihat pada masa kini, masyarakat khususnya golongan remaja amat gemar memakai headphone apabila ke mana-mana.

Seperti di dalam pengangkutan awam, kita boleh perhatikan bahawa ramai yang suka memakai peranti itu bagi mendapatkan privasi masing-masing.

Namun adakah anda tahu, penggunaan headphone atau earphone secara berterusan mampu mengundang bahaya?


Orang Muda Gemar Pakai Headphone

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan menerusi bebenang di laman X (Twitter @DoktorSamhan) telah berkongsi faktor-faktor orang muda pada zaman kini mudah mengalami masalah pendengaran.

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga. Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?” itulah komen yang sering diterima olehnya.

Menurut Dr. Samhan, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebelum ini melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia di kalangan umur antara 12 sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran.

Hal ini disebabkan oleh tahap bunyi tidak selamat dipasang menerusi alat audio seperti di konsert dan tempat kerja.

Tambahnya, telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20,000 Hz (20kHz) sahaja. Sekiranya ia lebih daripada had itu, telinga akan mula hilang daya pendengaran secara perlahan-lahan.


Tips Elak Pekak Pada Usia Muda

Cakna dengan tabiat sering dilakukan orang ramai, doktor itu telah berkongsi beberapa tips yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan diri daripada pekak pada usia muda.

#1. Elak Guna Earbuds

Buat anda yang tidak tahu, alat earbuds mempunyai pembesar suara (speaker) yang kecil dengan kelantangan bunyi yang besar.

Ia mampu memberikan kesan yang lebih buruk berbanding dengan penggunaan headphone yang hanya dipakai di bahagian luar telinga.

Sumber: Pexels
#2. Tetapkan Masa Penggunaan Earphone

Jelas doktor itu, ramai di kalangan masyarakat yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang mampu mengganggu fungsi otak.

Oleh disebabkan itu, anda disarankan untuk menetapkan masa dan berehat selepas menggunakannya agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran individu.

Sumber: Pexels
#3. Beri Masa Untuk Perbaiki Fungsi Telinga Yang Rosak

Seperti yang semua tahu, telinga digunakan oleh manusia pada setiap masa. Atas faktor berikut, anda perlu memberikan anggota badan itu 16 jam rehat untuk memperbaiki kerosakan yang disebabkan oleh bunyi kuat sepanjang malam.

Sumber: Pexels
#4. Tetapkan Had Bunyi Yang Selamat

Seterusnya, anda juga digalakkan untuk menetapkan had bunyi selamat iaitu pada paras 60% atau kurang daripada itu.

Ini kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel dalam masa 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk sehingga menyebabkan sukar untuk mendengar.

Sumber: Unsplash
#5. Kurangkan Guna Earphone Dalam Seharian

Khusus buat mereka yang gemar memakai earphone selama hampir 24 jam, anda dinasihatkan untuk belajar meneruskan kehidupan seharian tanpa perlu menggunakannya.

Tabiat tersebut haruslah dielakkan, sebaik-baiknya bermula daripada saat ini.

Di akhir perkongsian, doktor itu mengingatkan bahawa telinga merupakan salah satu anggota badan yang perlu dijaga rapi. Telinga memerlukan rehat mencukupi agar dapat berfungsi dengan sebaiknya. Take note semua!

Gambar sekadar hiasan.

Apa Beza Pekak & Kehilangan Pendengaran?

Memetik sumber Hello Doktor, keadaan pekak dan kehilangan pendengaran adalah berbeza, jangan keliru pula.

Berikut kami serta maksud disebalik istilah tersebut.

  • Kehilangan pendengaran: Keupayaan mendengar berkurangan berbanding mereka yang memiliki deria pendengaran normal.
  • Pekak: Seseorang yang tidak dapat memahami pertuturan melalui pendengaran, walaupun suara telah dikuatkan.
  • Pekak secara keseluruhan: Ini merujuk kepada tiada pendengaran secara ‘total’ di mana individu tidak akan dapat mengesan bunyi sama sekali.

Buat mereka yang terfikir adakah masalah pekak mampu pulih, jawapannya adalah tidak. Buat masa ini, masih belum ada kaedah bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Bergenang Air Mata” – Video Lelaki OKU Lafaz Akad Nikah Guna Isyarat Tangan Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Viral video of ‘Cikgu Pekak’ sparks joy and curiosity on the internet

Baca Artikel Berkaitan: Grab Perkenal Fungsi ‘Scan To Order’ Khas Buat Golongan Kurang Pendengaran (OKU)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd