Now Reading
“Bergenang Air Mata” – Video Lelaki OKU Lafaz Akad Nikah Guna Isyarat Tangan Buat Ramai Sebak

“Bergenang Air Mata” – Video Lelaki OKU Lafaz Akad Nikah Guna Isyarat Tangan Buat Ramai Sebak

Orang ramai memperoleh ilmu baharu dan berasa teruja melihat pengantin lelaki OKU menggunakan bahasa isyarat bagi melafazkan akad nikah.

akad nikah OKU

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia diciptakan berpasangan. Bagi meraikan hubungan indah yang sudah terjalin, pernikahan adalah cara untuk mengikat kedua-dua mempelai secara sah.

Walaupun begitu tidak semua di antara kita yang dilahirkan dalam keadaan serba sempurna dan menyebabkan mereka mempunyai sedikit batasan bagi melafazkan akad nikah.

Namun ia tidak menjadi penghalang buat orang kurang upaya (OKU) membina sebuah rumah tangga.


Orang Kurang Upaya Jalani Proses Akad Nikah Guna Isyarat Tangan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok (@abesolution9911), menunjukkan seorang lelaki kurang upaya bernama Hakim sedang menjalani proses ijab kabul bersaksikan orang ramai dalam sebuah masjid di Kelantan.

Menurut satu komen oleh pengguna TikTok, pengantin wanita juga adalah seorang OKU pekak seperti pasangannya.

Seorang jurugambar telah merakam momen indah pernikahan itu melibatkan seorang penterjemah perempuan yang mentafsir komunikasi antara pengantin lelaki dan Tok Kadi.

Dalam video itu, penterjemah dilihat sedang mentafsirkan percakapan Tok Kadi kepada Hakim menggunakan isyarat tangan.

Hakim kemudiannya membalas dengan menyempurnakan akad nikah menggunakan bahasa isyarat yang sama.

“Saya terima nikahnya dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut,” kata juruterjemah yang menterjemahkan lafaz akad nikah oleh pengantin lelaki.

Menurut jurugambar di ruangan kapsyen, dia berasa bangga terhadap penterjemah bahasa isyarat yang sudah menterjemahkan segala percakapan yang perlu dikongsi kepada pengantin lelaki daripada bermulanya khutbah sehinggalah proses akad nikah berakhir.

Sumber: TikTok (@abesolution9911)

Orang Ramai Sebak Lihat Momen Indah Ijab Kabul Oleh Pengantin Lelaki

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata warganet gembira melihat kaedah proses ijab kabul oleh pengantin lelaki OKU.

Ada juga berkata ini kali pertama mereka melihat cara akad nikah dijalankan bagi mereka yang menggunakan bahasa isyarat.

Tidak terhenti di situ sahaja, ada di antara mereka berasa terhibur apabila pengantin lelaki dilihat memberikan pandangan ‘side eye’ kepada Tok Kadi yang memimpin majlis itu.

Tambahan pula, salah seorang pengguna berpendapat bahawa perkongsian ini boleh dijadikan sebagai satu ilmu berguna kerana masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana akad nikah OKU pekak dan bisu dijalankan.

Sumber: TikTok (@abesolution9911)

Adakah Menggunakan Bahasa Isyarat Sah Semasa Akad Nikah?

Pasti ada yang tertanya-tanya sama ada penggunaan bahasa isyarat semasa akad nikah dikira sah atau tidak.

Menurut keterangan oleh Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili terhadap persoalan ini ialah:

والخلاصة: ينعقد نكاح الأخرس بكتابته أو إشارته عند الفقهاء وتتعين الكتابة عند الحنفية إذا قدر عليها

Maksudnya: “Kesimpulannya: Pernikahan seorang yang bisu dapat dilaksanakan dengan tulisannya, atau bahasa isyaratnya menurut para fuqaha’, manakala menurut ulama’ Hanafiyyah, hendaklah dengan tulisan jika dia mampu melakukannya.”

Berdasarkan kenyataan di atas, lafaz akad nikah oleh seorang bisu boleh dilafazkan melalui tulisan atau bahasa isyarat yang dapat difahami, dan ia dikira sebagai sah.

Baca Artikel Berkaitan: Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Grab Perkenal Fungsi ‘Scan To Order’ Khas Buat Golongan Kurang Pendengaran (OKU)

Sumber: TikTok (@abesolution9911) | Maktabah Al Bakri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd