Now Reading
Grab Perkenal Fungsi ‘Scan To Order’ Khas Buat Golongan Kurang Pendengaran (OKU)

Grab Perkenal Fungsi ‘Scan To Order’ Khas Buat Golongan Kurang Pendengaran (OKU)

Sehingga hari ini, lebih 1,000 OKU telah memperoleh pendapatan melalui Grab di Malaysia; termasuk pemandu, penghantar dan rakan niaga di atas platform.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Grab Malaysia memperkenalkan ‘Scan To Order’ sekaligus meneruskan kerjasamanya dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) bagi memacu peluang kerjaya dan pendapatan kepada komuniti pekak negara ini melalui teknologi.

Usaha ini merupakan sebahagian dari fokus berterusan #TechUntukSemua – penggunaan teknologi sebagai kuasa kebaikan dalam memperkasakan lebih ramai orang untuk mempunyai akses kepada peluang dari ekonomi digital, tanpa mengira latar belakang.

Pada tahun 2018, Grab telah memperkenalkan kempen ‘Break the Silence’, dengan kerjasama MFD, di mana lebih dari 100 rakan pemandu kurang pendengaran telah diserap.

Sumber: Grab

Sejak itu, Grab telah memanjangkan komitmennya untuk menambah baik pengalaman keseluruhan rakan kongsinya yang mempunyai pelbagai bentuk kecacatan dan bergantung harap kepada pelbagai servis di Grab.

Sehingga hari ini, lebih 1,000 OKU telah memperoleh pendapatan melalui Grab di Malaysia; termasuk pemandu, penghantar dan rakan niaga di atas platform.

Komuniti OKU seringkali memberi inspirasi kita dengan ketabahan dan semangat mereka dalam mengharungi pelbagai cabaran. Dengan rakan kami di MFD dan rakan niaga di Grab Signature, kami berharap untuk melaksanakan bahagian kami dalam membantu komuniti OKU dengan menfaedahkan teknologi untuk mencabar status quo dengan menghapuskan halangan yang secara tradisinya diterima sebagai kebiasaan. Dalam pada itu, kami berharap untuk mewujudkan peluang yang saksama dan inklusif kepada komuniti PWD kami bagi membina mata pencarian yang baik.

Sean Goh, Pengarah Urusan, Grab Malaysia.

Presiden Persekutuan Orang Pekak Malaysia, Mohamad Sazali Shaari dalam masa yang sama berkata, “Kami memuji Grab untuk usahanya dalam menggandakan persekitaran yang saksama dan inklusif bagi komuniti OKU di Malaysia untuk mempunyai akses kepada peluang pendapatan.

“Pergerakan #TechUntukSemua merupakan bukti teladan dalam menfaedahkan teknologi bagi memastikan ekonomi lebih inklusif di dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami sangat bangga dengan kerjasama yang sudah lama bersama Grab dalam memastikan komuniti OKU Malaysia berpeluang mempunyai ilmu pengetahuan, kepakaran dan peluang untuk memasuki tenaga kerja.”


Scan To Order.

Dengan pandemik yang memberi kesan kepada kehidupan harian pengguna, pengusaha restoran perlu menyesuaikan diri bagi menyediakan pengalaman selamat dan selesa.

Ciri ‘Scan To Order’ ini bertujuan membantu dengan menyediakan penyelesaian dan membolehkan pelanggan makan di premis kedai tanpa sebarang sentuhan fizikal dalam membuat pesanan dan pembayaran bil – semuanya menggunakan telefon pintar dengan 3 langkah mudah ini:

  1. Pelanggan imbas kod QR di meja menggunakan kamera telefon untuk melayari menu.
  2. Pelanggan membuat pesanan dan membayar melalui aplikasi Grab.
  3. Pesanan dihantar kepada peniaga menerusi aplikasi GrabMerchant supaya dapur mereka boleh mula sediakan hidangan.

Dengan memperkenalkan ciri ini, restoran berpeluang mengambil pekerja kurang pendengaran bagi menjalankan peranan perkhidmatan yang selalunya dianggap lebih mencabar buat mereka untuk berjaya.

Bagi memperkasakan inisiatif ini, Grab akan bekerja rapat dengan MFD untuk mengenalpasti dan melatih individu kekurangan pendengaran bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang sepatutnya agar mereka dapat menjadi sebahagian dari tenaga kerja.

Mereka kemudian akan dipadankan dan diambil bekerja oleh rakan-peniaga Grab Signatures.

14 individu OKU pendengaran diambil bekerja.

Hanya dalam tempoh sebulan kerjasama ini dijalankan, 14 individu kekurangan pendengaran telah diambil bekerja di pelbagai cawangan rakan-peniaga yang berdaftar sebagai GrabSignatures termasuk Secret Recipe, KGB dan Kyochon.

Tambahan pula, Grab juga menugaskan jurulatih untuk membantu peniaga berkomunikasi dengan pekerja kekurangan pendengaran masing-masing selama tiga bulan, dan menyediakan kit suai tugas yang merangkumi buku panduan, pin untuk pekerja, kod QR dan pelekat tetingkap.

Berikut adalah apa yang diperkatakan oleh rakan-peniaga Grab Signatures yang mengambil bahagian serta mereka yang telah diserap untuk bekerja tentang inisiatif ini: Video Testimoni #TechUntukSemua.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai usaha #TechUntukSemua Grab yang memacu ke arah memberi peluang saksama kepada warga Malaysia, sila layari: #TechUntukSemua.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd