Dr Malar Kongsi 5 Vitamin Penting Untuk Badan Sebelum Usia 40 Tahun
Antara vitamin diperjelaskan oleh Dr Malar untuk diambil bagi mereka yang hampir mencecah umur 40 tahun adalah seperti aktiviti senaman, minum air kosong dan banyak lagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memiliki kesihatan yang baik adalah impian semua orang tidak kira dari golongan muda ataupun tua.
Ada juga dalam kalangan masyarakat yang sudah pun memiliki penyakit kronik walaupun umur tidak mencecah 40-an lagi.
Kepada mereka yang mempunyai simptom atau gejala yang mencurigakan, adalah disarankan berjumpa doktor kesihatan untuk menerima rawatan lanjut.
Ini 5 Vitamin Penting Perlu Diambil Jika Hampir Cecah 40 Tahun
Baru-baru ini, doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Malar telah memuat naik satu perkongsian di akaun TikTok miliknya (@drmalarss), tentang mengapa pentingnya mengambil 5 jenis vitamin sebelum manusia mencecah umur 40 tahun.
Berikut adalah vitamin yang dijelaskan dalam klip video:
1. Melakukan Aktiviti Senaman
Menurut Dr Malar, aktiviti senaman adalah penting bagi mereka yang semakin lanjut usia supaya tulang dan otot menjadi kuat.
Kepentingan senaman ini bukan sahaja bagi memiliki badan yang kurus dan fit, tetapi juga untuk menegangkan otot yang semakin lemah apabila semakin tua.
Oleh itu, adalah penting buat masyarakat di luar sana supaya sentiasa mengamalkan senaman dalam rutin harian supaya tulang badan menerima kalsium dan vitamin daripada darah dan perut.
Ini merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kepadatan tulang yang dipanggil sebagai ‘Bone Density’.

2. Vitamin D
Menurut doktor ini, anda tidak perlu bersusah-payah untuk membeli vitamin D di kedai atau farmasi. Vitamin jenis ini boleh didapati melalui cahaya matahari selama 15 minit sehari.
Fungsi vitamin ini adalah untuk membina sel-sel tulang yang semakin tidak kuat. Tanpa pengambilan nutrien ini, tulang akan mudah rapuh dan tidak padat.

3. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Antara jenis makanan yang tidak disarankan untuk diambil dalam kuantiti banyak adalah seperti nasi, roti, capati, roti canai dan banyak lagi.
Tambah Dr Malar, manusia yang semakin berumur tidak memerlukan tenaga banyak seperti golongan muda.
Ini kerana mereka tidak lagi membesar dan membuat aktiviti lasak. Oleh demikian, adalah penting untuk anda mengurangkan jumlah karbohidrat agar ia tidak bertukar menjadi lemak.
Formula paling mudah yang perlu diingati oleh orang ramai ketika semakin berusia adalah dengan mengurangkan nasi dalam pinggan.

4. Minum Air Kosong Secukupnya
Menerusi hantaran yang sama, doktor ini telah memberi pesanan untuk melatih lidar anda untuk menyukai air kosong.
Pengambilan air kosong dalam kuantiti banyak mampu meningkatkan hidrasi penting untuk tubuh badan yang sihat.
Tegasnya, jauhilah minuman-minuman yang berkalori tinggi yang mampu memudaratkan kesihatan.

5. Tanam Rasa Syukur Dalam Diri
Vitamin terakhir diperjelaskan oleh Dr Malar ialah untuk menanamkan rasa bersyukur dalam diri bagi mengekalkan kesihatan mental yang baik.
Aspek yang perlu anda bersyukur adalah kehidupan, rezeki halal dan pasangan yang baik.
Jika anda sentiasa bersyukur, keharmonian dan kebahagiaan hidup akan terjamin.

Langkah Berjaga-jaga Bila Makan Vitamin Yang Perlu Diberi Perhatian
Semasa anda mengambil vitamin atau suplemen dalam rutin harian, adalah penting untuk memastikan setiap ubatan yang diambil adalah sesuai dengan badan masing-masing.
Berikut kami kongsikan beberapa panduan apabila mengambil sebarang vitamin. Antaranya:
- Membaca label pada produk suplemen atau vitamin sebelum membeli untuk mengelakkan pengambilan dua atau lebih produk yang mengandungi kandungan sama.
- Jangan ambil vitamin melebihi dos ditetapkan untuk mengelakkan penyakit berbahaya.
- Maklumkan kepada doktor sekiranya mengalami kesan sampingan selepas mengambil vitamin.
Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!
Baca Artikel Berkaitan: “Air Kotor Warna Coklat” – Dr Malar Berang Terima Servis Teruk Semasa Bercuti Di Pulau Redang
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Diet Berasaskan Tumbuhan Beri Anda Manfaat? Ini Pendapat Pakar Dietetik
Sumber: TikTok (@drmalarss) | My Health
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram