Now Reading
Rambut Gugur Secara Mendadak? Ini Tips Dari Dr Malar

Rambut Gugur Secara Mendadak? Ini Tips Dari Dr Malar

Mereka yang sering mengalami masalah keguguran rambut perlu elak dari menggunakan syampu dengan bahan Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Masalah keguguran rambut bukanlah satu perkara asing dalam kalangan lelaki mahupun wanita.

Kebiasaannya rambut gugur ini akan menjadi lebih teruk ketika sedang membasuh rambut menggunakan shampu.

Macam-macam produk dibeli untuk merawat masalah ini tetapi masih sama juga. Pening juga kadangkala memikirkannya.


Dr Malar Kongsi Tips Untuk Mereka Yang Alami Masalah Keguguran Rambut

Masalah keguguran rambut ini turut mendapat perhatian influencer dan doktor kesihatan, Dr Malar selepas beliau dilihat memuat naik video di laman TikTok (@drmalarss) dengan memberikan beberapa tips.

Antaranya:

#1. Buat Saringan Kesihatan
Sumber: Pexels

Menurut Dr Malar, mereka yang mengalami keguguran rambut secara mendadak ini perlu membuat beberapa saringan kesihatan melibatkan:

  • Ujian darah FBC untuk mengesan jumlah darah merah jika menghidap penyakit anemia.
  • Ujian darah Thyroid Function Test.
  • Ujian untuk penyakit SLE dan penyakit autoimun.
#2. Semak Kandungan Di Dalam Syampu
Sumber: Ollson Haircare

Mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut tidak sesuai untuk menggunakan syampu yang mengandungi bahan-bahan seperti berikut:

Kedua-dua bahan ini berfungsi seperti sabun yang akan membuang daki dan minyak pada kulit kepala serta memberikan buih apabila menggunakan syampu.

Namun, ia juga akan menyebabkan kulit kepala dan rambut menjadi kering serta kusut.

Seeloknya, carilah syampu yang mengandungi bahan Ammonium Lauryl Sulphate (ALS) kerana bahan ini lebih lembut untuk kulit kepala berbanding SLS dan SLES.

#3. Produk Penjagaan Rambut Ada Salicylic Acid
Gambar sekadar hiasan.

Selain itu, produk penjagaan rambut anda juga perlulah mempunyai bahan Salicylic Acid kerana boleh memberi kebaikan kepada kulit kepala seperti:

  • Tiada minyak
  • Bebas kelemumur
  • Mengurangkan keguguran rambut kerana pengeluaran hormon DHT (Dihydrotestoterone) telah disekat.

Walau bagaimanapun, kadar kandungan Salicylic Acid dalam syampu tersebut perlulah kurang daripada 2%.

#4. Menggunakan Produk Tonik Rambut
Sumber: HK Vitals

Dalam produk tonik rambut itu, pastikan ia mempunyai bahan Anti DHT Property yang boleh menghalang hormon yang menyebabkann keguguran rambut daripada kulit kepala.

https://www.tiktok.com/@drmalarss/video/7273093555453824258?_r=1&_t=8krrx89DMge

7 Jenis Makanan Untuk Kurangkan Masalah Rambut Gugur

Penjagaan dari segi pemakanan juga sebenarnya penting untuk merawat masalah keguguran rambut bagi membantu memperbaiki kerosakan rambut secara dalaman.

Antara tujuh jenis makanan yang memiliki nutrisi lengkap dalam menyihatkan rambut anda adalah seperti berikut:

  • Bayam
  • Biji bunga matahari
  • Buah bit
  • Oat
  • Daging ayam
  • Cili merah
  • Makanan laut

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai 7 Makanan Bantu Selesaikan Masalah Rambut Gugur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak

Baca Artikel Berkaitan: “Muda-muda Dah Beruban” – Ini 9 Punca Muncul Rambut Putih Di Usia Muda


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd