“Muda-muda Dah Beruban” – Ini 9 Punca Muncul Rambut Putih Di Usia Muda
Masalah uban boleh berlaku kerana kekurangan sel melanosit yang berfungsi untuk menghitamkan rambut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kebiasaannya, rambut mereka yang sudah berumur tidak kiralah lelaki atau wanita akan mula ditumbuhi uban berwarna putih. Ianya dianggap fenomena biasa selepas usia semakin menginjak tua.
Tetapi kalau anda lihat pada zaman sekarang ini pun sudah ramai golongan muda yang beruban walaupun belum menjangkau usia 30an.
Risau juga kalau muda-muda lagi dah beruban. Mesti ada sesuatu yang meyebabkan perkara ini berlaku.
Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut tentang masalah ini, jom baca perkongsian dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan menerusi laman Twitter miliknya (Dr Samhan).
Macam mana boleh terjadinya uban?
Uban terbentuk kerana folikel tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit.
Sel melanosit berfungsi untuk menghasilkan melanin atau pigmen yang memberikan warna gelap pada rambut. Ketika usia semakin meningkat, penghasilan melanosit semakin berkurang dan menyebabkan warna rambut menjadi kelabu, keperangan dan bertukar putih.
Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang menyebabkan masalah uban berlaku pada usia muda. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Faktor keturunan

Sesetengah keluarga mempunyai sejarah di mana ibu atau bapa mereka mempunyai masalah beruban sejak usia muda. Boleh jadi juga anak mereka mewarisi masalah tersebut.
2. Penyakit tiroid

Penyakit tiroid adalah masalah yang disebabkan oleh kelainan bentuk atau fungsi kelenjar tiroid pada bahagian leher. Masalah kesihatan ini boleh menjejaskan penghasilan hormon tiroid.
Tiroid yang aktif boleh mengganggu penghasilan melanin dan menyebabkan terbentukya uban.
3. Kekurangan hormon vitamin B12 dan zat besi

Dari segi pemakanan, seseorang yang kekurangan vitamin B12 serta zat besi juga boleh menjadi punca terjadinya uban pada usia muda.
Contoh makanan kaya dengan vitamin B12 adalah seperti berikut:
- Daging lembu
- Udang
- Ikan salmon
- Telur
- Tauhu
- Bijian
- Yogurt rendah lemak
Contoh makanaan kaya dengan zat besi pula adalah seperti:
- Kangkung
- Bayam
- Jagung
- Kekacang
- Buah aprikot
- Roti gandum
- Kismis
- Ikan
- Daging
- Bijian
4. Stres

Stres boleh menjadi punca yang ‘common’ kerana boleh dikatakan ramai golongan muda agak tertekan dengan bebanan kerja di usia muda.
5. Vitiligo

Vitiligo adalah keadaan autoimun di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen kulit diserang dan dihancurkan sehingga mengakibatkan tompok-tompok berwarna cerah atau putih pada anggota badan.
Masalah ini juga boleh merosakkan melanosit yang berfungsi untuk menghasilkan pigmen bagi menghitamkan rambut.
6. Merokok

Tabiat merokok boleh meningkat empat kali ganda risiko rambut beruban kerana memudahkan serangan radikal bebas di dalam tubuh sehingga mampu menurunkan kadar melanin.
7. Kerap makan makanan ringan

Makanan ringan seperti keropok, minuman bergas, dan gula-gula bukan sahaja tidak memberikan kebaikan kepada tubuh badan, malah ianya juga boleh menggangu penghasilan melanin di dalam rambut.
8. Kerap menggunakan pengering rambut

Suhu panas pada pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lemah dan mudah rapuh. Pada masa yang sama, penggunaan pengering rambut yang terlalu kerap boleh mengganggu penghasilan melanin.
9. Pewarna rambut

Pewarna rambut mempunyai kandungan kimia yang sangat tinggi dan boleh merosakkan sel melanin pada folikel rambut.
“Doktor, saya baru berumur 20 tahun dah ada uban. Saya malu lah!”
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) June 19, 2022
Uban terbentuk kerana folikel yang menjadi tempat tumbuhnya rambut memiliki sekumpulan sel yang disebut melanosit. pic.twitter.com/RfUo2SYLL8
Selain rambut beruban, masalah biasa yang sering berlaku adalah seperti keguguran rambut dan kelemumur. Mungkin salah satu faktornya berpunca daripada cara kita menjaga rambut.
Nasihat kami, kesihatan rambut juga perlu dijaga dengan baik sebagaimana kita menjaga kesihatan tubuh badan.
BACA JUGA: [Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.