Now Reading
Syed Saddiq Dihukum 7 Tahun Penjara, 2 Sebatan & Denda RM10 Juta Selepas Bersalah 4 Pertuduhan

Syed Saddiq Dihukum 7 Tahun Penjara, 2 Sebatan & Denda RM10 Juta Selepas Bersalah 4 Pertuduhan

Salah satu daripada empat pertuduhan Syed Saddiq adalah bersubahat melakukan pecah amanah berjumlah RM1 juta pada 6 Mac 2020.

syed saddiq bersalah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


KEMASKINI

Memetik sumber Kosmo, pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan dan denda berjumlah RM10 juta kepada Syed Saddiq.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid turut memerintahkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Walau bagaimanapun, permohonan untuk penangguhan hukuman dibenarkan dan syarat-syarat jaminan juga dikekalkan.


Syed Saddiq Bersalah Atas 4 Pertuduhan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini (9 November) telah mendapati bahawa Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah atas empat pertuduhan yang didakwa ke atas dirinya sebelum ini.

Beliau dituduh atas empat pertuduhan melibatkan salah guna harta, bersubahat melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram menggunakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.


Empat Pertuduhan Melibatkan Syed Saddiq Yang Didapati Bersalah

Memetik laporan Berita Harian, Syed Saddiq yang memakai sut berwarna hitam ketika hadir ke mahkamah dilihat tenang ketika hakim memberitahu tentang keputusan kesnya.

Berikut adalah empat pertuduhan yang dihadapi melibatkan Syed Saddiq:

Pertuduhan Pertama
Sumber: Astro Awani

Saddiq telah bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA iaitu Rafiq Hakim Razali dalam melakukan pecah amanah berjumlah RM1 juta di CIMB Bank Berhad di Menara CIMB KL Sentral pada 6 Mac 2020.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman maksimum penjara selama 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan Kedua
Sumber: MalayMail

Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) ini juga didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise.

Wang tersebut dipercayai digunakan untuk tujuan diri sendiri dan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.

Tindakan tersebut dipercayai dilakukan di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018.

Tuduhan terbabit telah disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun, sebatan dan denda jika didapati bersalah.

Pertuduhan Ketiga Dan Keempat
Sumber: MalayMail

Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan berjumlah RM50,000 dari akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya juga dipercayai hasil daripada aktiviti haram.

Kesalahan berkenaan dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Tuduhan tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Individu yang didapati bersalah boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun serta denda lima kali ganda dari jumlah aktiviti haram.


Pihak Pembelaan Mohon Hukuman Syed Saddiq Dikurangkan

Mahkmah kini sedang mendengar hujahan dari peguam bela Saddiq iaitu Gobind Singh Deo bagi meringankan hukuman.

Memetik sumber Sinar Harian, pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar hukuman yang diberikan kepada Saddiq diringankan kepada bentuk penjara atau denda sahaja tanpa sebatan.

Perkara tersebut juga dipohon oleh peguam Haijan Omar yang mewakili Syed Saddiq kerana mengatakan anak guamnya tidak mendapat sebarang keuntungan daripada pertuduhan tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd