Now Reading
“Air Kotor Warna Coklat” – Dr Malar Berang Terima Servis Teruk Semasa Bercuti Di Pulau Redang 

“Air Kotor Warna Coklat” – Dr Malar Berang Terima Servis Teruk Semasa Bercuti Di Pulau Redang 

Menurut Dr Malar, dia berasa marah apabila dia sekeluarga dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM400 setelah membuat bayaran penuh sebelum ini berserta resit untuk pakej percutian di Pulau Redang.

Dr Malar Review Pakej Pulau Redang

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di mata dunia kerana kekayaan semula jadi yang indah dan budaya yang pelbagai seperti Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan banyak lagi. 

Bukan sahaja menjadi tumpuan warga asing, malah warga tempatan juga tidak terlepas untuk meneroka negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai pulau yang indah dan cantik bagi meluangkan masa serta mencipta memori bersama keluarga tersayang. 

Namun, harapan influencer dan pakar perubatan terkenal, Dr Malar yang mahu bercuti di Pulau Redang bersama keluarganya bertukar menjadi kenangan yang pahit.


Dr Malar Komen Tentang Pengalamannya Menempah Pakej Percutian Bersama Agensi Pelancongan Di Pulau Redang, Terengganu.

Menerusi perkongsian Dr. Malar di akaun Facebook miliknya (Celoteh Dr Malar), doktor ini telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis yang diterimanya semasa bercuti bersama keluarga di Pulau Redang, Terengganu. 

Menurutnya, pakej percutian yang ditempah dengan sebuah agensi pelancongan telah memberikan servis dan layanan yang teruk kepada mereka sekeluarga. Antara servis teruk yang dijelaskan oleh Dr Malar ialah ejen berkenaan lambat dalam memberi respon iaitu mesej yang dihantar oleh doktor tersebut tidak berbalas selama berhari-hari oleh pihak mereka. 

Bukan itu sahaja, beliau juga berasa marah apabila dia sekeluarga dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM400 setelah membuat bayaran penuh sebelum ini berserta resit. Apa yang membuatkan dia lebih marah adalah apabila salah seorang daripada pihak ejen tersebut berkata bayaran berkenaan adalah kerana tarikh tempahan pakej yang jatuh pada tarikh ‘peak’.


Turut Dikenakan Caj Tambahan

Malahan, Dr Malar dan keluarganya turut dikenakan caj tambahan yang lain untuk memasuki ‘Marine Park’ yang sepatutnya sudah termasuk dalam bayaran awal pakej berkenaan.  

Namun, Dr Malar berkeras dengan mengatakan bahawa pihak ejen sepatutnya memberitahu tentang perkara ini sejak awal lagi. Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk membayar caj tambahan itu selepas pihak agensi meminta maaf berkali- kali. 

Amukan Dr Malar tidak terhenti di situ sahaja apabila mereka sekeluarga diberitahu oleh pihak resort bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menaiki bot di jeti kerana agensi pelancongan berkaitan masih tidak membuat bayaran pakej Pulau Redang kepada pihak mereka.

“Takpelah, you all check in lambat,” individu itu berkata kepada keluarganya dengan nada yang selamba. 

Menurut beberapa ‘followers’ Dr Malar yang berada di jeti yang sama, memang selama ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa ejen ini memang selalu tidak bayar awal dan setiasa membuat kerja ‘last minute’.


Dr Malar Dakwa Resort Turut Sediakan Servis Yang Teruk Sepanjang Percutian Selama 4 Hari 3 Malam

Dakwa Dr Malar lagi, kemudahan-kemudahan ‘basic’ yang sepatutnya ada pada sebuah resort seperti housekeeper juga tidak disediakan di resort berkenaan.

Dia berasa ini adalah situasi tidak normal dan kurang adil kerana dia telah menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan servis terbaik daripada resort berkenaan.

Difahamkan influencer ini telah berbelanja RM1,200 untuk satu malam percutiannya. Jika dihitung dari jumlah hari dia sudah berbelanja sebanyak RM3,600.

Jelas Dr Malar dalam posting tersebut, banyak lagi kemudahan lain yang tidak tersedia dan servis yang kurang bagus oleh resort tersebut. Antaranya:

  • Tiada tempat untuk letak barangan ‘toiletries’ dalam bilik air.
  • Tiada televisyen dan air mineral tersedia.
  • Tiada kemudahan telefon.
  • Air paip kotor dan berwarna perang.
  • Makanan yang kurang sedap dan tidak melambangkan kualiti sebuah resort.

Secara kesimpulan kepada pengalaman pahit ini, Dr Malar menasihatkan orang ramai untuk tidak menempah sebarang pakej percutian yang ditawarkan oleh agensi pelancongan terbabit.


Panduan & Persediaan Buat Mereka Yang Berhasrat Untuk Ke Pulau

Pasti ada di antara anda yang sedang ‘plan’ untuk bercuti ke mana-mana pulau menarik di Malaysia ini. Buat mereka yang tidak tahu untuk bawa apa, jom kami kongsikan senarai keperluan ke pulau yang anda perlu ada: 

  • Beg Kalis Air
  • ‘Casing’ Telefon Kalis Air
  • Losyen Pelindung Matahari (Sunblock)
  • Tikar Kecil
  • Selipar Atau Kasut Pantai

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada anda untuk bersiap sedia sebelum bercuti ke mana-mana pulau nanti! 

Sumber: Facebook (Celoteh Dr Malar) | Cuti Viral

Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Kosong Weyh!” – Pelancong Terkejut Hujung Minggu Pantai Cenang Lengang, Ramai Dakwa Sebab Mahal

Baca Artikel Berkaitan: Pihak Resort Di Pulau Rawa Dakwa Terima Ugutan Bunuh Susulan Kes Influencer Berang Habis RM17,000 Tapi Servis Teruk


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd