[Video] “Kosong Weyh!” – Pelancong Terkejut Hujung Minggu Pantai Cenang Lengang, Ramai Dakwa Sebab Mahal
Difahamkan, rakaman tersebut diambil pada hari Sabtu di mana kebiasaannya akan dipenuhi dengan kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Negara Malaysia sememangnya kaya dengan kawasan percutian yang mampu menjadi daya tarikan pelancong luar mahupun dalam negara.
Salah satu kawasan pelancongan yang tidak dinafikan menjadi tumpuan utama para pelancong adalah Pulau Langkawi yang terletak di kedah.
Namun siapa sangka, Langkawi yang begitu popular sekali lagi menjadi sunyi sepi tanpa kehadiran pelancong selepas kali pertama terjadi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Kawasan utama tumpuan pelancong, Pantai Cenang kelihatan sepi
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @khair.review, rakaman tersebut diambil di sekitar kawasan pantai chenang, di mana kawasan utama tarikan pelancong yang datang ke Langkawi kelihatan sepi.
@khair.review Pantai Cenang dh jadi Pantai Lengang? #fyp #Langkawi #PantaiCenang
♬ original sound – Khair Aljufri – Khair Aljufri
“Pantai Cenang, Langkawi apa sudah jadi? Tak ada orang. Dah jadi Pantai Lengang” tulisnya di dalam video.
Difahamkan, rakaman tersebut diambil pada hari Sabtu di mana kebiasaannya lokasi itu akan dipenuhi dengan kehadiran para pelancong dari dalam dan luar negara.


Dalam pada itu, kedaan ini pasti memberi kesan yang agak mendalam buat pemain industri pelancongan di sana kerana Pantai Cenang sebelum ini umpama lubok duit buat peniaga di sana.
Kos percutian yang tinggi punca Langkawi lengang
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mendakwa keadaan tersebut terjadi kerana kos percutian di Langkawi adalah semakin mahal dan tidak setanding dengan apa yang disajikan. Malah ada yang berpendapat, kos tersebut dapat menambung percutian di luar negara yang lebih menarik.



Langkawi hanya murah pada waktu travel bubble dilaksanakan
Video tersebut turut mendapat perhatian pengguna laman Twitter @ErryZach selepas ramai yang membahas mengenai isu harga yang terlalu tinggi merupakan punca utama mengapa kawasan tersebut kian sepi tanpa lambakan pengunjung di sana.
Sapa nk dtg kalau hotel and mkn segala mahal nk mampos. Hotel2 level rumah tumpangan pun smp RM500 utk 3 hari 2 mlm baik org travel tpt lain. Masa langkawi travel bubble punya la murah depa bg. Bila org dh ramai dok charge harga x masuk akai. pic.twitter.com/NaBAc9PmCu
— Erry Zach (@ErryZach) October 2, 2022
“Siapa nak datang, kalau makanan dan hotel semuanya mahal. Hotel level-level rumah tumpangan pun RM500 3 hari 2 malam baik orang travel tempat lain,” tulisnya.
Menurut pengguna Twitter itu lagi, kos pelancongan di Langkawi hanya murah pada awal Travel Bubble dilancarkan oleh kerajaan dalam usaha menaikkan kembali industri pelancongan negara.
BACA JUGA: Flying To Malaysia? KKM Sets Up New Protocols For Travellers Coming Into The Country
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.