Now Reading
Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Langkawi yang juga dikenali sebagai Permata Kedah telah dianugerahkan sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Langkawi merupakan salah satu lokasi tumpuan utama rakyat Malaysia yang ingin bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan kerana dipenuhi keindahan semula jadi yang menakjubkan.

Nak membeli-belah pun di sini pun best juga sebab ‘duty-free’.

Pulau yang juga diiktiraf sebagai UNESCO Global Geopark ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti Makam Mahsuri, Underwater World Langkawi (UWL), MARDI Agro Technology Park dan banyak lagi.

BACA JUGA: Jom Explore 10 Tempat Best Di Pulau Langkawi. #2 Paling Wajib Pergi!

Sumber: Fernando Fong/TRP

Pulau Langkawi Menang Anugerah Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Terbaharu, Langkawi yang juga dikenali sebagai Permata Kedah telah dianugerahkan sebagai Pulau Percutian Terbaik di Malaysia di Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

Dalam pada itu, Nadias Hotel Langkawi turut memenangi anugerah Hotel 3 Bintang Terbaik (Pemandangan Laut).

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib meluahkan rasa bersyukur dan berbesar hati dengan pencapaian yang diraih oleh mereka dalam anugerah tersebut.

Kami amat berbesar hati apabila usaha kami meletakkan dan mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan di peringkat global mendapat pengiktirafan. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran ketika pandemik, tetapi kami masih mampu mengekalkan Langkawi ke tahap optimum dan terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi (LADA) Encik Nasaruddin Abdul Muttalib.

Langkawi yang terdiri daripada gugusan 99 pulau di Laut Andaman merupakan lokasi percutian yang sempurna untuk semua golongan.

Pelancong yang mahukan percutian mewah boleh menginap dan berehat di salah satu hotel lima bintang bertaraf dunia seperti The Four Seasons Hotel Langkawi, The Datai Langkawi dan St.Regis Langkawi.

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

Kepada anda yang sukakan aktiviti mencabar, boleh cuba aktiviti seperti kayak, paragliding, meluncur, menyelam dan sebagainya.

Dengan pemansuhan sekatan perjalanan dan lebih banyak sempadan dibuka semula, kami menantikannya lebih ramai pelancong antarabangsa di pulau ini. Matlamat utama kami adalah untuk mencapai 3.2 juta orang pelawat pada tahun 2023. Kami percaya bahawa sasaran ini akan menjadi mudah dicapai kerana pulau ini mempunyai pelbagai keunikan yang digemari ramai.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Langkawi (LADA) Encik Nasaruddin Abdul Muttalib.

Sebelum ini, Langkawi juga pernah merangkul beberapa anugerah lain di Conde’ Nast Traveller Readers’ Choice Awards 2022 serta menjadi salah satu pulau terbaik di Asia Tenggara.

BACA JUGA: Langkawi Ranked Fourth In Asia By Condé Nast Traveller Reader’s Choice Awards 2022

BACA JUGA: Langkawi Won An Award For Being One Of The Best Islands In Southeast Asia

Ada banyak destinasi menarik yang anda boleh lawati di Langkawi dan salah satunya adalah Blue Lagoon.

Dari lokasi pantai untuk bersantai sehingga aktiviti berseronok dan mempelajari tentang sejarah, semuanya ada.

Jadi apa tunggu lagi? Jom ajak ahli keluarga dan rakan-rakan bercuti ke Pulau Langkawi!

BACA JUGA: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd