Now Reading
Pihak Resort Di Pulau Rawa Dakwa Terima Ugutan Bunuh Susulan Kes Influencer Berang Habis RM17,000 Tapi Servis Teruk

Pihak Resort Di Pulau Rawa Dakwa Terima Ugutan Bunuh Susulan Kes Influencer Berang Habis RM17,000 Tapi Servis Teruk

Ramai tetamu yang pernah menginap di sebuah resort di Pulau Rawa mengadu mengalami pengalaman pahit ketika bercuti di lokasi sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali pergi bercuti, mesti anda mahu semua rancangan berjalan dengan lancar dari A sampai Z. Barulah boleh merehatkan minda dengan tenang dan melupakan masalah-masalah kehidupan buat sementara waktu.

Tapi bila ada rancangan yang tidak berlaku seperti yang diaturkan, mesti bengang kan?

Walau bagaimanapun, perkara ini turut dihadapi oleh seorang influencer ketika bercuti ke sebuah pulau terkenal iaitu Pulau Rawa di Johor.


Influencer Kecewa Servis Perkhidmatan Resort Terkenal Di Pulau Rawa Tidak Setara Dengan Harga Yang Mahal

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang influencer dikenali sebagai Bella Khan, dia berkongsi pengalaman pahit ketika menginap di salah sebuah resort di Pulau Rawa bersama rakan-rakanya seramai 15 orang.

Difahamkan, resort tersebut mengenakan bayaran mengikut jumlah kepala dan bukannya mengikut jenis bilik yang dibayar.

Menurutnya, perkhidmatan di resort berkenaan agak teruk kerana layanan yang diberikan dikatakan tidak setaraf dengan dengan harga mahal yang dibayar.

Bukan itu sahaja, tahap kebersihan di premis juga dipercayai tidak dijaga dengan baik sehingga menyebabkan badan menjadi kemerahan kerana digigit serangga.

Bau hapak dengan cadar sekali. Bed bugs merata and empat orang termasuk bibik yang duduk dalam bilik esok bangun pagi dan merata merah-merah banyak kat badan. Bilik pun macam bilik hostel. Bilik berbau. Tak jada hygiene.

Influencer, Bella Khan.

Bukan itu sahaja, sumber air yang digunakan di dalam tandas resort juga dipercayai berasa masin.

Katanya pakai sumber air bawah tanah tapi bila gosok gigi, basuh muka dan mandi semua masin weh.

Influencer, Bella Khan.

Selain itu, Bella juga mengadu tentang cara pekerja yang memandu bot dalam keadaan agak membahayakan. Tetapi walaupun telah ditegur, pemandu bot tidak mengendahkannya dan masih sempat bergelak ketawa.

Dah la aku ni bawa baby. Dibawanya macam tu, bila orang complain gelak-gelak? Kitaorang jarang nak complain tau tapi ni macam too much sangat.

Influencer, Bella Khan.

Difahamkan, fasiliti seperti cerek, peti sejuk bersaiz mini dan televisyen juga tidak disediakan di dalam bilik mereka.

Selepas apa yang berlaku, Bella meluahkan rasa menyesal kerana memilih lokasi tersebut sebagai tempat penginapan dan tidak mencadangkan orang lain untuk menginap di sana.

Sumber: Twitter Bella Khan

Ramai Rupanya Terkena Nasib Yang Sama Seperti Bella Khan Di Pulau Rawa

Selepas perkongsian yang dilakukan oleh Bella, ramai netizen yang turut menceritakan pengalaman mereka di resort sama.

Rata-ratanya mereka memberikan ‘review’ yang kurang menyenangkan kerana servis perkhidmatan yang tidak begitu memuaskan.

Ada yang mengatakan bahawa resort tersebut tidak dijaga dengan baik dan hidangan yang ditawarkan tidak menyelerakan. Mereka juga menceritakan air masin yang dipercayai dirasai ketika sedang menggosok gigi.

Malah, mereka juga menceritakan pekerja-pekerja resort yang agak sombong dan tidak mesra dengan para tetamu.


Pihak Resort Di Pulau Rawa Beri Respon Tentang Kes Yang Berlaku

Difahamkan, pihak pengurusan resort didakwa tidak mahu mengambil perhatian tentang komen negatif yang diberikan oleh para tetamu mereka selain telah memadam reviu negatif negatif yang diterima.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram resort itu, mereka mendakwa influencer terbabit tidak menghantar surat aduan kepada pengurusan resort tetapi pihak hotel telah berkomunikasi dengan mereka ketika tempoh penginapan.

Susulan kes terbabit, pihak resort telah meminta agar individu terlibat untuk membuat aduan menerusi e-mel.

Ini kerana kes yang tular dimuat naik oleh influencer tersebut telah mencemarkan nama resort mereka sehingga menerima ugutan bunuh.

Pihak resort mengambil keputusan untuk membuat laporan polis terhadap inidividu yang terlibat selepas didakwa memburukkan nama lokasi percutian mereka.

Sumber: Twitter Bella Khan | Instagram Alang’s Rawa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd