Now Reading
Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!

Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!

Strok haba boleh berlaku apabila badan tidak lagi mempunyai air dan suhu tubuh terlampau panas sehingga melebihi 41 darjah Celcius.

Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya! (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seluruh dunia kini mengalami cuaca sangat panas dan Malaysia turut menerima nasib yang sama apabila suhu mencatatkan peningkatan ketara.

Malah, beberapa negeri di Malaysia seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Sabah telah menerima amaran cuaca panas tahap satu dengan suhu yang boleh mencecah 35 sehingga 37 darjah Celcius.

Peningkatan suhu ini cukup membimbangkan kerana sudah wujud kes di mana seorang orang kanak-kanak berusia 11 tahun bayi perempuan di Kelantan maut selepas diserang strok haba.

BACA JUGA: 2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu


Bagaimana Strok Haba Boleh Berlaku?

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Malar, beliau menjelaskan bahawa strok haba yang berlaku dalam tubuh badan manusia itu ibarat kes radiator kereta yang pecah.

Di dalam tubuh badan manusia, terdapat satu bahagian di dalam otak yang mempunyai fungsi yang sama seperti radiator kereta untuk mengawal suhu dan ia dipanggil sebagai Hypothalamus.

Sama seperti keadaan radiator kereta, jika terlampau panas dan tidak mempunyai air mencukupi, suhu boleh tiba-tiba meningkat secara mendadak. Dalam tubuh badan manusia, ia boleh mengakibatkan berlakunya kes strok haba.

Sumber: Freepik

Untuk pengetahuan anda, strok haba terjadi apabila suhu di dalam badan melebihi 41 darjah Celcius. Memang sangat tinggi ya!

Jika individu mengalami strok haba, mereka sama ada akan meracau, pengsan, sawan atau langsung tidak sedarkan diri.

Dr Malar.

Apabila strok haba berlaku, individu tersebut akan mengalami kulit yang sangat merah seperti dipanggang atau terlalu pucat kerana darah tidak mampu bergerak ke organ seperti jantung, otak dan juga kulit berikutan suhu yang terlampu tinggi di dalam badan.

Apa Perlu Buat Jika Mangsa Mengalami Strok Haba?

Lebih membimbangkan lagi, mangsa yang mengalami strok haba tidak lagi mampu untuk berpeluh kerana tubuh badan tidak lagi mempunyai air.

Kalau radiator pecah, kita call mekanik. Tapi kalau berlaku strok haba, tolong call 999.

Dr Malar.

Sementara menunggu kehadiaran ambulans datang kepada mangsa selepas menghubungi talian kecemasan 999, anda boleh memberi beberapa pertolongan seperti:

  • Menyemak nadi mangsa dan beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) dengan segera jika tiada nadi ditemui.
  • Membawa mangsa ke tempat lebih sejuk atau berteduh jauh dari matahari.
  • Melonggarkan pakaian mangsa.
  • Memastikan pengaliran udara yang bagus di kawasan sekeliling mangsa.
  • Menyejukkan badan mangsa dengan air.
@drmalarss

Senang je nak faham strok haba. ingat radiator kereta pecah, haaa camtu jugak keadaan dalam tubuh ketika strok haba berlaku. #celotehdrmalar #healthinfluencer #strokhaba #heatsroke

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – Celoteh Dr Malar

Perkara Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengelakkan Badan Diserang Strok Haba

Strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada kanak-kanak, malah orang dewasa juga berdepan risiko yang sama di bawah suhu yang sangat tinggi ini.

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri anda daripada diserang strok haba adalah:

  • Elakkan memakai pakaian yang terlalu ketat dan menghalang badan untuk mengeluarkan peluh.
  • Sentiasa memakai krim pelindung matahari agar kulit anda dilindungi daripada sinaran matahari yang terlalu panas.
  • Minum air secukupnya bagi mengekalkan hidrasi dalam badan serta membolehkan ia ditukar kepada peluh.
  • Hadkan tempoh ketika berada di luar rumah.
  • Elakkan memakai baju berwarna hitam atau hijau tua kerana pakaian berwarna gelap lebih menyerap haba.

BACA JUGA: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

BACA JUGA: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd