Now Reading
“Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

“Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit kronik disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Ibu bapa disarankan untuk tidak meninggalkan anak di dalam kereta ketika cuaca panas. Ini susulan suhu meningkat di beberapa buah kawasan dalam Malaysia pada ketika ini.

Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, cuaca panas ketika ini boleh menyebabkan strok haba berlaku hanya dalam tempoh yang singkat kepada kanak-kanak.

Menurut laporan Astro Awani, beliau mengetengahkan isu ini berikutan sebelum ini terdapat kes ibu bapa yang terlupa dan meninggalkan anak di dalam kereta serta melibatkan kes kereta terkunci ketika anak berada di dalam kenderaan.

Sumber: Pixabay

Paling penting sekali ia memberi kesan kepada golongan kanak-kanak terutama kanak-kanak kecil atau bayi. Dalam cuaca panas sekarang dan hanya dalam masa yang singkat sahaja mereka boleh mengalami strok haba yang boleh membawa kepada kematian.

Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar kepada Astro Awani.

Mengulas lanjut, beliau menasihati orang ramai untuk tidak memandang enteng fenomena cuaca panas pada ketika ini kerana ia boleh mengundang kepada implikasi kesihatan buruk serta boleh membawa maut.

Malah, golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak serta individu yang mempunyai penyakit kronik disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti di luar rumah.

Jika gejalanya ringan mungkin kita rasa terlalu panas, pening kepala, rasa nak pitam atau loya tetapi kalau peringkat yang serius ia boleh membawa kepada strok haba, pengsan dan tidak sedarkan diri. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, saluran pernafasan dan buah pinggang, mereka ini akan mempunyai risiko yang lebih tinggi yang mana akan menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih teruk dan kadang-kala membawa kepada kemudaratan yang berat sehingga masuk hospital dan ada juga yang kes-kes yang boleh membawa kepada kematian.

Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar kepada Astro Awani.

4 Sekeluarga Pengsan Akibat Dalam Kereta Akibat Kurang Oksigen

Untuk rekod, sebelum ini empat sekeluarga telah dilaporkan pengsan di dalam kenderaan yang dinaiki dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan sebelum merempuh Plaza Tol Bentong.

Kejadian telah berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Tok Bali, Kelantan menuju ke Balakong.

Mangsa merupakan seorang lelaki, seorang wanita dan dua kanak-kanak dilapor dikeluarkan dari kenderaan dan dirujuk kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd