Now Reading
Pegawai Muda Tentera Maut, 9 Lagi Stabil Selepas Alami Strok Haba Ketika Kursus

Pegawai Muda Tentera Maut, 9 Lagi Stabil Selepas Alami Strok Haba Ketika Kursus

Leftenan Muda Emil Syahid dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) selepas mengalami simptom strok haba iaitu pitam dan tidak sedarkan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia dilihat tidak menentu. Ada kalanya hujan lebat, tetapi ada juga masa di mana ianya menjadi terlalu panas.

Untuk makluman semua, cuaca panas boleh meningkatkan risiko berlakunya strok haba kepada manusia.

Keadaan tersebut boleh berlaku apabila badan tidak lagi mempunyai air dan suhu tubuh terlampau panas sehingga melebihi 41 darjah Celcius.


10 Penuntut Kem PULADA Alami Strok Haba Dikejarkan Ke Hospital

Pada Jumaat lalu (13 Oktober), seramai 10 penuntut yang menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Kota Tinggi, Johor mengalami simptom strok haba.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon, insiden mengejutkan tersebut terjadi ketika peserta kursus yang terdiri daripada pegawai tentera menjalani latihan di kem antara jam 5.30 ke 6 petang pada hari sama.

Tambah beliau, tiga daripada peserta kem tersebut dilaporkan menerima rawatan rapi di Hospital Sultan Ismail (HSI) manakala tujuh yang lain dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT).


Salah Seorang Mangsa Dirawat Di HSI Maut

Menurut Sinar Harian, salah seorang mangsa yang terlibat telah dilaporkan meninggal dunia di HSI pada Sabtu (14 Oktober).

Leftenan Muda Emil Syahid difahamkan telah mengalami beberapa simptom strok haba seperti pitam dan tidak sedarkan diri.

“Saya mewakili kerajaan Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar” kata Ling Tian Soon.

Susulan itu, Allayarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Tasik Puteri, Rawang pada Ahad (15 Oktober).


Panglima Tentera Darat Sempat Ziarah Pengebumian Allayarham

Menerusi hantaran yang dikongsi di laman Facebook (Tentera Darat Malaysia), Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain dikatakan telah meluangkan masa menziarahi pengebumian arwah Emil Syahid.

Dalam pada itu, PTD telah berkesempatan berjumpa dengan ibu bapa arwah iaitu Encik Iskandar bersama isteri, Puan Zalilatulakma selain memberikan kata-kata semangat serta menyampaikan salam takziah.

Sumber: Facebook (Tentera Darat Malaysia)

Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!

Baca Artikel Berkaitan: KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba Dalam Kalangan Murid & Guru

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd