Now Reading
[Video] Murid Bawa Kipas Leher Ke Sekolah, Cikgu Sangkakan ‘Headphone’

[Video] Murid Bawa Kipas Leher Ke Sekolah, Cikgu Sangkakan ‘Headphone’

Menurut guru yang dikenali sebagai Cikgu Farrah, sekolah tempat dia bertugas membenarkan murid-murid membawa kipas sedemikian memandangkan cuaca yang amat panas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Walaupun dengan cuaca yang semakin panas, apatah lagi dalam bulan puasa ini, anak-anak masih perlu menghadiri sesi persekolahan.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin maju, pelbagai gajet telah dihasilkan bagi membantu memberi keselesaan kepada anak-anak seperti kipas mini dan jenis yang digantung di leher.

Tapi biasanya murid-murid tak boleh bawa barang elektronik atau alatan canggih ke sekolah kan? Macam mana pula dengan kipas leher ini?


Kipas Leher Nampak Seperti ‘Headphone’

Baru-baru ini, tular di TikTok seorang guru (@cikgu_farrah) mencuba kipas leher yang dibawa oleh anak muridnya ke sekolah.

Guru tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Farrah pada mulanya menyangka alatan tersebut merupakan ‘headphone’ ataupun sejenis bantal.

Kipas tersebut dibawa ke sekolah oleh salah seorang anak muridnya kerana cuaca yang amat panas.

Cikgu Farrah juga menunjukkan kipas itu berfungsi dengan baik dan dapat menyejukkan individu yang memakainya.

“Sedapnya kipas,” kata guru tersebut dalam loghat utara.

Sumber gambar: TikTok @cikgu_farrah/ Carousell

Tak Mahal Ke Kipas Leher?

Cikgu Farrah yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar (SKHAB), Alor Setar, Kedah telah bertanya kepada anak muridnya mengenai harga gajet tersebut.

Kedengaran suara comel di latar belakang berkata, “Murah”.

Macam-macam la budak-budak la (zaman sekarang) ni. Musim hangat noh.

Cikgu Farrah.

Berdasarkan carian kami, banyak kipas leher dijual di platform dalam talian dengan harga yang bermula kurang daripada RM10. Wow, memang murah betul!

Tapi pastikan tengok review terlebih dahulu untuk tahu sama ada kipas itu betul-betul berfungsi.


Boleh Ke Bawa Kipas Leher Ke Sekolah?

Pasti ibu bapa tertanya-tanya sama ada kipas leher boleh dibawa ke sekolah atau tidak? Dengan cuaca yang sangat panas kini, bagus juga kalau anak-anak boleh bawa kipas kecil sendiri.

Menjenguk ke ruangan komen, Cikgu Farrah memaklumkan bahawa sekolah tempat dia bertugas membenarkan murid-murid membawa kipas.

Katanya lagi, kipas di dalam kelas tidak begitu menyejukkan memandangkan cuaca yang amat panas.

Beberapa individu lain memaklumkan bahawa ada sekolah yang membenarkan malah menggalakkan murid-murid membawa ‘mini fan’ ketika musim panas.

Sumber: @cikgu_farrah/ TikTok.

Guru Bawa Kipas ‘Extra’ Untuk Anak Muridnya

Selain itu, seorang ibu turut menyuruh anaknya membawa powerbank untuk mengecas kipas ketika di sekolah sekiranya kehabisan bateri.

Seorang guru pula berkata anak muridnya siap membawa kipas elektrik yang dipasang di sekolah.

Di samping itu, seorang guru lain mengambil inisiatif sendiri dengan membawa kipas tambahan ke kelas untuk anak-anak muridnya. Bagus betul cikgu macam ini.

Sumber: @cikgu_farrah/ TikTok.
https://www.tiktok.com/@cikgu_farrah/video/7349810787227077896?

Tips Hadapi Musim Panas

Dalam menghadapi cuaca yang sangat panas, jangan lupa untuk menjaga kesihatan agar tidak terkena strok haba.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsi tips yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kesan daripada cuaca panas ke atas kesihatan seperti berikut:

  • Banyakkan mengambil air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dan tidak perlu tunggu dahaga baru minum.
  • Kurangkan aktiviti di luar dan kekal berada di dalam rumah atau bangunan jika boleh.
  • Kerap berehat.
  • Sejukkan tubuh badan dengan mandi dan memasang kipas angin atau pendingin hawa.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar ketika keluar dari rumah.
Sumber: Pexels.

Selain itu, orang ramai juga dinasihati agar mengelakkan:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Meninggalkan seseorang, terutamanya kanak-kanak, di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.

Tambahan pula, dalam bulan puasa ini, segera berbuka jika anda rasa badan terlalu lesu dan kekurangan air.

Menurut Maktabah Al-Bakri, harus berbuka puasa jika terlalu lapar dan dahaga sehingga boleh memudaratkan kesihatan. Namun jangan lupa untuk gantikannya kemudian setelah selesai bulan Ramadan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd