Now Reading
“Terus Tak Muat” – Wanita Terkejut Kasut Getah Anak Mengecut Lepas Tinggal Dalam Kereta Bawah Cuaca Panas

“Terus Tak Muat” – Wanita Terkejut Kasut Getah Anak Mengecut Lepas Tinggal Dalam Kereta Bawah Cuaca Panas

Kasut tersebut dikatakan mengecil dari saiz kanak-kanak menjadi saiz seperti kaki bayi selepas terdedah dengan terik matahari di dalam kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan sejak dua menjak ini, cuaca di Malaysia semakin panas sehingga negeri Perlis dilaporkan mengalami gelombang haba.

Malah jika diperhatikan, terdapat banyak kes kebakaran yang berlaku oleh kerana suhu persekitaran yang agak tinggi.

Selain itu, cuaca panas ini juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan seseorang seperti dehidrasi dan sakit kepala dan sebagainya.


Kasut Anak Mengecil Kerana Suhu Panas Di Dalam Kereta

Bagi seorang ibu ini pula, cuaca panas yang berlaku di Langkawi turut memberi kesan terhadap barang anaknya seperti mana video yang dimuat naik di laman TikTok (@bubushares).

Dalam video berkenaan, wanita tersebut menunjukkan keadaan kasut getah milik anak kecilnya yang bertukar saiz selepas ditinggalkan di dalam kereta.

Siapa sangka, kasut getah yang tertinggal sebelah di dalam kereta itu dipercayai telah mengecut oleh kerana terdedah dengan cuaca panas di dalam kereta selain ia berada di bawah terik matahari.

Sumber: TikTok @bubushares

Dari saiz untuk kanak-kanak, terus jadi saiz kaki bayi ya kasut tersebut. Nak pakai pun tak muat dah.

Oleh kerana mahu menjadikan kedua-dua kasut getah itu mempunyai saiz yang sama, si ibu telah menjemur sebelah lagi kasut di bawah cuaca panas di dalam kereta.

Sumber: TikTok @bubushares

Netizen Terhibur Tengok Perubahan Saiz Kasut Kanak-kanak Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terkejut melihat perubahan saiz secara mendadak itu sehingga tidak muat lagi untuk dipakai. Siap ada yang nak cuba ‘teknik’ ini kerana mahu mengecilkan kasut anak mereka.

“Betul ke ni? Saya nak cubalah sebab kasut anak terbeli saiz besar sikit,” ujar netizen.

Sesetengah netizen pula dilihat membuat gurauan kononnya kasut tersebut boleh kembali ke saiz asal jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Kenapa tak letak dalam peti ais bagi normal balik,” kata netizen.

Lebih menghiburkan, ada juga netizen yang memberi cadangan supaya kasut itu dijemur sehingga menjadi kecil dan dijadikan sebagai keychain.

“Cuba jemur banyak kali. Mana tahu boleh buat keychain ke,” gurau netizen.

Sebagai info, suhu di dalam kereta yang ditinggalkan di bawah matahari boleh mencecah 50 darjah Celcius. Malah, ada laporan sebelum ini yang menyebut suhu di dalam kabin kereta itu boleh meningkat sehingga 70 darjah Celcius.

Sumber: TikTok

Suhu Panas Berlaku Di Hampir Seluruh Malaysia

Dalam perkembangan terkini dari Jabatan Meteorologi Malaysia di laman X (@metmalaysia), cuaca kering dan panas melebihi suhu 35 darjah Celcius masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sehingga April 2024.

Walau bagaimanapun, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutamanya di barat Semenanjung dan Sarawak pada lewat petang dan awal malam.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dakwa Kertas Ditinggalkan Atas Dashboard Kereta Boleh Sebabkan Kebakaran


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd