Now Reading
[Video] Lelaki Dakwa Kertas Ditinggalkan Atas Dashboard Kereta Boleh Sebabkan Kebakaran

[Video] Lelaki Dakwa Kertas Ditinggalkan Atas Dashboard Kereta Boleh Sebabkan Kebakaran

Jelas lelaki itu, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang mampu menyebabkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, Malaysia ketika ini sedang mengalami cuaca panas dan bahang.

Antara kesan buruk cuaca panas melampau adalah seperti jerebu, pencemaran udara, kesihatan masyarakat terancam, kemarau di kawasan pertanian, kebakaran kenderaan dan sebagainya.

Namun begitu, sesuatu kebakaran kereta misalnya boleh dielakkan jika seseorang itu mengikuti langkah-langkah keselamatan yang betul.


Lelaki Perjelas Bahaya Tinggalkan Kertas Atas Dashboard Kereta

Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi hantaran di laman TikTok (@altimatautogarage) meminta orang ramai untuk tidak meninggalkan helaian kertas sesuka hati di atas dashboard.

Dakwanya, tindakan itu berisiko kerana boleh mengundang kebakaran.

Mesti ada di antara anda yang pelik bagaimanakah perkara itu berlaku. Jelas lelaki tersebut, konsep yang diguna pakai adalah sama apabila sesuatu barang boleh terbakar jika dihalakan kanta (magnifying glass) ke arahnya dalam satu jangka masa panjang.

Kalau gunakan kanta dan korang halakan dekat matahari, cahaya matahari itu akan mula fokus dekat satu titik di kertas. Lepas itu, bila dah lama cukup panas, kertas tu akan terbakar.

Staf Altimat Auto Garage.

Parkir Tempat Panas Antara Punca Kertas Atas Dashboard Terbakar

Dakwanya dalam konteks ini, cermin kereta boleh dikira sebagai kanta yang mampu menyebabkan kertas diletakkan atas dashboard terbakar apabila sudah mencapai satu suhu yang panas.

Menurutnya hal ini boleh terjadi sekiranya anda sering meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang panas. Kertas yang sudah berbara itu pula sekaligus berisiko menyebabkan kereta anda terbakar dan hangus sekiranya tanpa pengawasan sesiapa.

@altimatautogarage Awas! rupanya letak kertas atas dashboard kereta boleh terbakar!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabaubusuk #aircondkeretabocor #automotive #automotifmalaysia #automotif #automotivemalaysia #bengkelmalaysia #pomenkampung #serviskereta #pomen #aircondkereta #automotivetechnician #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #kereta #cars #carsoftiktok #trending #trendingvideo #trendingnow #viral #viralvideo #viraltiktok #fyp #fypã‚· #fypã‚·ã‚šviral ♬ original sound – Altimat Auto Garage

Untuk info, sesuatu kebakaran boleh berlaku dengan kewujudan tiga elemen ini iaitu oksigen, bahan pepejal dan haba panas.


Kertas Boleh Terbakar Pada Suhu 223 °C

Menerusi semakan kami, kebiasaannya kertas akan mula terbakar pada suhu 223 °C (celcius). Ini bermakna tumpuan cahaya pada kertas tersebut perlu melebihi suhu berkenaan agar ia boleh terbakar.

Sejauh mana dakwaan lelaki ini, tidaklah kami ketahui. Namun sesuatu yang pasti sebelum ini, media melaporkan meletakkan botol air di dalam kereta boleh menyebabkan kebakaran.


Elak Tinggalkan 5 Barang Ini Di Dalam Kereta Dalam Cuaca Panas

Disebabkan cuaca yang panas ini, seorang pengguna TikTok (@altimatsaujana) telah memuat naik video dengan berkongsi beberapa jenis barangan yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta ketika cuaca panas melampau sedang melanda.

Antara barangan tersebut adalah:

Sumber: Pexels
  • Makanan dan minuman dalam bungkusan atau pek.
  • Powerbank.
  • Pemetik api.
  • Petrol.
  • Penyembur aerosol.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

Baca Artikel Berkaitan: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd