Now Reading
Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

Warna pakaian paling ‘panas’ dengan mencatatkan suhu yang tinggi sehingga melebihi 50 darjah Celcius adalah hitam dan juga hijau.

Jepun Buat Kajian Warna Baju Paling 'Sejuk' Dipakai Ketika Cuaca Panas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak belakangan ini, cuaca di Malaysia memang agak panas dan sangat bahang. Malah, keadaan ini turut dirasai di seluruh dunia sehinggakan jalan tar di negara India mula mencair kerana suhu panas yang esktrem.

Menerusi laporan Astro Awani, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  juga telah mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu di empat buah negeri iaitu Kedah, Terengganu, Kelantan dan Sabah bermula Selasa lalu (25 April).

MetMalaysia mencatatkan cuaca tersebut boleh mencecah antara 35 sehinggi 37 darjah Celcius.

Peningkatan suhu ini sangat membimbangkan kerana sudah berlaku kes di mana seorang kanak-kanak di Kelantan maut akibat strok haba.

Menurut Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, cuaca panas yang berlaku pada ketika ini boleh mengakibatkan strok haba menyerang tubuh kanak-kanak dengan cepat.

BACA JUGA: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Jepun Buat Eksperimen Kaji Warna Baju Yang Paling Sesuai Dipakai Ketika Cuaca Panas

Sebelum ini, satu kajian telah dilakukan di Jepun oleh Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar bagi menyelidik jenis-jenis warna pakaian yang kurang menyerap haba dan sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas.

Selain jenis kain pakaian, warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan keselesaan seseorang ketika berada di bawah cuaca yang panas, lebih-lebih lagi jika anda banyak berjalan kaki di bawah terik matahari.

Kajian tersebut dijalankan dengan menyarungkan sembilan jenis warna pakaian yang berbeza pada rangka patung.

Antara warnanya adalah:

  • Merah
  • Putih
  • Biru
  • Hijau
  • Kelabu
  • Hitam
  • Ungu
  • Kuning
  • Hijau muda

Patung-patung itu kemudiannya dibiarkan dalam beberapa tempoh di bawah cahaya matahari pada hari dicatatkan kurang mempunyai pergerakan angin.

Bacaan suhu pada setiap patung akan diukur sebagai warna yang paling sejuk atau panas berdasarkan penyerapan haba pada pakaian.

Sumber: YouTube National Institute for Environmental Studies

Hasil Eksprimen Bagi Menentukan Warna Pakaian Yang Paling Sesuai Dipakai Ketika Cuaca Panas

Keputusan daripada eksperimen yang dilakukan menunjukkan bahawa warna putih sebagai warna yang paling rendah suhunya dan sekali gus menjadi warna paling ‘sejuk’.

Selain itu, warna-warna cerah yang lain seperti kelabu dan kuning pula mencatatkan suhu hampir sama dengan cuaca sekeliling iaitu 30 darjah Celcius.

Warna paling ‘panas’ dengan mencatatkan suhu yang tinggi sehingga melebihi 50 darjah Celcius adalah hitam dan juga hijau.

Banyak ya perbezaan suhu antara warna-warna terang dan juga gelap. Beza 20 darjah Celcius!

Sumber: YouTube National Institute for Environmental Studies

Kesimpulan daripada eksperimen ini adalah pakaian berwarna cerah lebih sejuk berbanding pakaian berwarna gelap.

Jadi sebelum anda keluar dari rumah, pilihlah jenis pakaian dan juga warna yang sesuai supaya dapat mengurangkan bahang ketika berada di dalam cuaca panas ini.

Sunscreen pun jangan lupa pakai okey? Air pun kena minum banyak ya.


5 Tips Untuk Mengekalkan Kediaman Dalam Keadaan Sejuk Tanpa Menggunakan Pendingin Hawa

Dalam cuaca panas ini, mesti ramai yang lebih memilih untuk berada di dalam kawasan yang berpendingin hawa, betul tak? Barulah sejuk sikit dan kurang berpeluh.

Tapi jika pendingin hawa dibuka 24 jam tanpa henti di rumah, risau pula kalau bil elektrik melambung naik.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk menjadikan rumah anda kekal sejuk walaupun tanpa membuka pendingin hawa.

Caranya adalah:

  • Menggantikan mentol pijar dengan mentol LED untuk mengurangkan haba.
  • Memasang bidai atau langsir gelap bagi mengurangkan jumlah haba yang mengalir ke dalam rumah.
  • Melekatkan filem berwarna pada tingkap.
  • Mencipta sistem penyejukan semula jadi menggunakan ciri air.
  • Mengelap kipas siling anda dengan kerap.

BACA JUGA: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd