[Video] Restoran Makanan Segera Di Jepun Perkenal Menu Rendang Daging Dari Malaysia
Hidangan rendang daging itu hanya dijual sementara waktu dari 26 Mac hingga 9 April di cawangan Matsuya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Rakyat Malaysia sememangnya amat berbangga dengan hidangan tempatannya. Tidak kira nasi lemak, roti canai mahupun kuetiau, setiap makanan ini amat digemari rata-rata penduduk dalam negara.
Salah satu hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai terutamanya ketika bulan berpuasa dan menjelang Syawal adalah rendang!
Antara jenis yang biasa dihidang di majlis atau jamuan raya adalah rendang ayam dan rendang daging.
Rendang Daging Menu Sementara Di Matsuya
Baru-baru ini, tular di TikTok bahawa satu restoran makanan segera terkenal di Jepun, Matsuya, telah memperkenalkan menu baharu rendang daging dari Malaysia.
Perkara itu dikongsi oleh seorang individu berasal dari Kota Kinabalu, Sabah yang kini menetap di ibu negara matahari terbit itu.
Dia sebelum ini telah banyak membuat perkongsian pengalamannya di Jepun termasuk tentang makanan, alatan elektronik dan pengangkutan awam.
Menurutnya, ia merupakan hidangan terhad yang telah mulai dijual sejak 26 Mac lalu dan akan tamat esok (9 April).
Hidangan Rendang Daging Nampak Sedap
Melihat pada paparan skrin, ia dijual pada harga 830 yen (RM26) atau 1,080 yen (RM33.80) untuk dua ketul daging, beserta dengan nasi dan sup.
Menerusi video dimuat naik itu, daging tersebut kelihatan sangat ‘juicy’. Individu tersebut turut memuji hidangan itu, “Suprisingly good!”
Orang Ramai Pertikai Rendang Berkuah
Meninjau ke ruangan komen, orang ramai dilihat mempersoalkan hidangan rendang daging tersebut yang kelihatan erlalu berkuah.
Namun, ia sebenarnya bukanlah rendang daging yang biasa dihidangkan di Malaysia, tetapi telah diubah suai menjadi sejenis hidangan stu yang berkuah dan mengikut cita rasa masyarakat di Jepun.
Matsuya Restoran Makanan Segera Berasaskan Nasi
Matsuya Foods merupakan satu cawangan makanan segera yang terkenal di Jepun. Ia dibuka 24 jam dan terkenal dengan hidangan ‘gyumeshi’, iaitu nasi daging.
Sebenarnya, Matsuya merupakan pilihan yang murah dengan harga nasi bermula dari 400 yen (RM12.50).
Namun begitu, ia tidak halal kerana turut mempunyai hidangan daging babi.
Dua cawangan makanan segera dari Jepun yang menyerupainya adalah Sukiya dan Yoshinoya. Terdapat beberapa cawangan Sukiya di Malaysia, namun Yoshinoya telah menghentikan perniagaan di sini pada tahun 2021.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.