Now Reading
Orang Awam & Pelancong Tak Dibenarkan Berkumpul Di Shibuya Ketika Halloween? Ini Sebabnya

Orang Awam & Pelancong Tak Dibenarkan Berkumpul Di Shibuya Ketika Halloween? Ini Sebabnya

Pada tahun lalu, satu tragedi rempuhan telah berlaku di Korea Selatan sehingga mengakibatkan lebih 100 orang maut ketika sambutan Halloween.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jika anda ingat pada tahun lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan satu tragedi rempuhan yang mengakibatkan kematian telah berlaku di Itaewon, Seoul, Korea Selatan ketika sambutan Halloween.

Pada waktu kejadian, lebih 100,000 individu telah berada di kawasan tersebut dalam satu masa.

Disebabkan lorong sempit dibanjiri dengan pengunjung, orang ramai yang terperangkap pada malam itu mengalami sesak nafas.

Baca Artikel Berkaitan: Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?


Orang Awam & Pelancong Tak Dibenarkan Berkumpul Di Stesen Shibuya Pada 31 Oktober

Mengambil iktibar dari apa yang terjadi Datuk Bandar Shibuya, Tokyo, Jepun Ken Hasebe pada 12 September lalu, telah memaklumkan bahawa penduduk awam dan pelancong tidak dibenarkan untuk berhimpun di Stesen Shibuya ketika festival Halloween yang bakal berlangsung pada minggu hadapan (31 Oktober).

Memetik laporan Kyodo News, Hasebe menegaskan dia tidak mahu orang ramai berkumpul semata-mata untuk meraikan acara tersebut.

“Shibuya bukan tempat untuk acara Halloween,” jelasnya dalam satu sidang media.

Menurut Hasebe, beliau berasa bimbang insiden mengerikan di Itaewon pada tahun lalu bakal berlaku sekali lagi di Shibuya.

Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Sumber: CNN/Rappler

Golongan Muda Sering Buat Vandalisme & Mencuri Di Stesen Shibuya

Tambahnya lagi, lalu lintas terkenal di Shibuya telah menjadi satu destinasi tumpuan buat golongan muda yang terdiri daripada penduduk tempatan serta pelancong asing.

Golongan yang datang berkumpul sambil memperagakan kostum masing-masing menyebabkan kawasan tersebut menjadi sesak dan sukar untuk berjalan.

Bukan itu sahaja, golongan tersebut juga pernah membuat kesalahan vandalisme serta kecurian di tempat kejadian.

Seperti satu kes pada tahun 2018, sekumpulan individu telah ditahan kerana menimbulkan kacau bilau dengan menterbalikkan sebuah trak kecil di kawasan tersebut.

Sumber: Kyodo News

Pihak Berkuasa Jepun Haramkan Minum Alkohol Di Stesen Shibuya Bermula 27 Oktober

Bagi mengelakkan tragedi Itaewon berulang, pihak berkuasa juga telah mengarahkan pengharaman pengambilan minuman keras sekitar Stesen Shibuya bermula 27 Oktober sehingga 1 November akan datang.

Manakala kedai berdekatan tempat berkenaan pula diminta untuk mengurangkan jumlah jualan alkohol pada 28 dan 31 Oktober.

Selain itu, kira-kira 100 orang pengawal keselamatan bakal ditugaskan untuk memantau jumlah pengunjung di Stesen Shibuya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd