Now Reading
“Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen

“Salute PDRM” – Polis Escort Kereta Pesakit Sesak Nafas Ke Hospital Raih Pujian Netizen

Seorang wanita yang mengalami sesak nafas akibat tersangkut dalam trafik telah diiringi oleh pihak polis ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tibanya musim perayaan, sudah pasti ramai di kalangan masyarakat yang ingin bercuti dengan ahli keluarga mereka. Mana tidaknya, ramai di antara kita yang tidak berkesempatan meluangkan masa bersama insan tersayang akibat kesibukan bekerja.

Namun lain pula yang terjadi kepada sepasang suami isteri apabila berdepan dengan detik cemas dalam perjalanan ke destinasi pelancongan.


Wanita Sesak Nafas Semasa ‘Sangkut’ Dalam Trafik

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Siti Nurhanizan, wanita itu telah berkongsi pengalaman yang dilalui olehnya dan suami semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Niat awalnya yang mahu melancong ke negara jiran, Singapura bertukar tragedi apabila Siti mengalami sesak nafas semasa tersangkut dalam trafik sesak selama hampir 40 minit.

Dalam klip video dikongsi, seorang pegawai polis telah bertanya kepada si suami tentang situasi yang menyebabkan mereka terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan raya.

Cakna dengan keadaan Siti yang sedang sesak nafas, pegawai polis daripada Pejabat Polis daerah Johor Bahru Selatan itu kemudian meminta si suami untuk menyalakan ‘double signal’ kereta.


Polis Iring Kereta Hingga Ke Hospital

Pihak polis itu juga dilihat mengiringi kereta mereka sehingga sampai ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut. Difahamkan, Siti kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Saya tidak mengharapkan kejadian sedemikian berlaku cuma bersyukur ke hadrat Allah SWT nyawa masih panjang. Dengan izin Allah dibantu oleh insan-insan baik iaitu polis berbaju putih yang sedang mengawal jalan raya.

Siti Nurhanizan.
Sumber: Facebook Siti Nurhanizan

Siti juga tidak terlepas untuk mengucapkan terima kasih kepada pegawai polis yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya dan juga pasangan semasa berhadapan dengan detik-detik cemas.

Perkongsian tersebut kemudian mendapat tumpuan orang ramai selepas dimuat naik semula di laman TikTok (@utusantvofficial).


Netizen Puji Polis Kerana Iring Kereta Pesakit Ke Hospital

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas yang diambil oleh pegawai polis bagi menyelamatkan nyawa Siti.

“Aku betul-betul kagum dengan polis atau mana-mana anggota lain. Mereka bantu (mangsa) tanpa kira siapa. Terbaiklah, jasamu akan dikenang sampai hujung hayat,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok

Dalam pada itu, seorang netizen berkata tindakan tersebut merupakan perkara yang betul di mana pegawai polis bukan hanya mengiring individu penting atau orang kenamaan (VIP) sahaja.

“Ini baru betul polis tak berat sebelah. Bukan iring VIP je. Rakyat pun boleh dapat kelebihan macam VIP tetapi dalam situasi kecemasan sahaja,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok

Sementara itu, ada juga individu yang sempat berkongsi pengalaman di mana dirinya pernah berdepan dengan sesak nafas apabila berada dalam trafik sesak.

“Ikut pengalaman aku, benda macam ni terjadi sebab ada anxiety. Trafik sesak dan ketika waktu hujan. Orang yang ada anxiety tahu lah rasanya macam mana,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok

Hubungi 999 Ketika Dalam Situasi Kecemasan

Peringatan kepada orang ramai, anda boleh menghubungi talian kecemasan negara 999 bagi mendapatkan pertolongan dikala berada dalam situasi cemas.

Anda juga diminta untuk memberikan maklumat yang tepat tentang lokasi kecemasan termasuk sebarang mercu tanda.

Selepas panggilan dijawab, anda akan dihubungkan dengan pihak berkaitan mengikut situasi kecemasan masing-masing, sebagai contoh:

  • Polis.
  • Bomba.
  • Hospital.
  • Pertahanan awam.
  • Maritim Malaysia.

Hati-hati semua!

Sumber: 999

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Kedah Memang Baik” – Polis Trafik Tolong Hidupkan Motor Pakcik Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: Raih 24 Juta Tontonan, Tular Pegawai Polis Buat Kejutan Birthday Untuk Banduan Bikin Ramai Teruja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd