Now Reading
Raih 24 Juta Tontonan, Tular Pegawai Polis Buat Kejutan Birthday Untuk Banduan Bikin Ramai Teruja

Raih 24 Juta Tontonan, Tular Pegawai Polis Buat Kejutan Birthday Untuk Banduan Bikin Ramai Teruja

Pegawai polis itu membuat kejutan kepada salah seorang banduan untuk menyambut hari lahirnya yang ke-20 dengan membelikan beberapa kotak piza.

pegawai-penjara-surprise-birthday-banduan-1

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Antara momen yang istimewa untuk seseorang dan hanya disambut sekali dalam setahun adalah hari di mana mereka dilahirkan ke dunia.

Kebiasaannya, sambutan hari lahir akan diraikan dengan penuh meriah bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain.

Ada yang meyambutnya dengan cara pergi bercuti, memberikan hadiah atau menjamu selera di restoran kegemaran.


Pegawai Polis Sambut Hari Lahir Banduan Di Dalam Penjara

Sambutan hari lahir seseorang juga menjadi lebih istimewa apabila menerima kejutan daripada individu yang tidak disangka.

Situasi yang sama ini berlaku di sebuah penjara di Indonesia seperti mana yang ditunjukkan menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@makangbaju23).

Dalam video tersebut, seorang pegawai polis memasuki sebuah bilik yang menempatkan beberapa banduan dan sempat berbual dengan seorang lelaki.

Pegawai polis berkenaan kemudiannya bertanya umur lelaki itu sebelum dia mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dan membawa beberapa kotak piza serta lilin.

Disebabkan terharu dengan sambutan hari lahirnya yang ke-20, lelaki tersebut dikatakan menangis terharu kerana banduan-banduan yang lain turut menyanyikan lagu hari jadi bersama pegawai polis berkenaan.

Sebelum lilin ditiupkan, lelaki itu diminta untuk memberikan ucapan dan mengatakan dia ingin bertaubat daripada kesalahan yang pernah dilakukan.

Pegawai polis bernama Ferdinand itu juga telah memberikan beberapa kotak piza kepada banduan lain untuk sempena sambutan hari lahir banduan lelaki tersebut.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 24 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@makangbaju23/video/7272340815161085190

Netizen Puji Pegawai Polis Baik Hati Buat ‘Surprise’ Sambut Hari Lahir Banduan

Di ruangan komen video berkenaan, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa terharu melihat reaksi banduan tersebut selepas menerima kejutan dari pegawai polis yang menyambut hari lahirnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap baik hati pegawai polis berkenaan yang menjaga hubungan dengan banduan serta mengingati hari istimewa mereka. Siap buat kejutan pula tu!

Sumber: TikTok

Percayalah walaupun sambutan ini diraikan dengan ringkas, tetapi ia pastinya memberi makna yang cukup besar dan diingati selamanya oleh banduan itu.

Apa-apa pun, tabiklah pegawai polis ini yang menjaga kebajikan banduan dengan sepenuh hati. Mungkin pada masa akan datang, mereka dapat berubah menjadi insan yang lebih baik kan?

Artikel Berkaitan: [Video] Ajak Banduan Tengok Piala Dunia, Aksi Polis Ini Dipuji Ramai

Artikel Berkaitan: 11 Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Banduan Wanita Di Dalam Penjara Malaysia

Artikel Berkaitan: [Video] “Bahagia Itu Sederhana” – Momen Keluarga Sambut Ulang Tahun Anak Di Parking Hospital Buat Ramai Sebak

Sumber: TikTok @makangbaju23


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd