Now Reading
[Video] “Bahagia Itu Sederhana” – Momen Keluarga Sambut Ulang Tahun Anak Di Parking Hospital Buat Ramai Sebak

[Video] “Bahagia Itu Sederhana” – Momen Keluarga Sambut Ulang Tahun Anak Di Parking Hospital Buat Ramai Sebak

Menerusi video, mereka sekeluarga terpaksa menyambut ulang tahun di kawasan tempat letak kenderaan tersebut kerana anak-anaknya yang lain tidak dibenarkan untuk memasuki wad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seperti kebiasaannya, majlis sambutan hari jadi pasti akan disambut di rumah mahupun di mana-mana tempat yang bersesuaian bagi meraikan hari istimewa insan yang semakin meningkat usianya.

Bagi yang celik menilai, kecil atau besar sesuatu majlis itu bukanlah ukuran pada kebahagiaan. Kerana apa yang lebih penting adalah keikhlasan ketika meraikannya.

Sambut hari jadi di parking lot hospital

Demikianlah yang dilakukan pasangan suami isteri ini apabila menyambut majlis hari jadi seorang anak mereka di kawasan tempat letak kenderaan (parking lot) sebuah hospital kerana si anak sedang menerima rawatan di hospital terbabit.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @bondaumirahtaib, kelurarga itu terpaksa mengadakan majlis berkenaan di kawasan parkir memanangkan anak-anaknya yang lain tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam wad.

Bahagia itu sederhana

“Harap anak-anak faham, bahagia itu sederhana,” tulisnya di kapsyen.

Berdasarkan video, kelihatan suami wanita terbabit sedang membentangkan canvas berwarna biru untuk dijadikan alas sebagai tempat duduk mereka sekeluarga.

“Hari ni birthday Deja. Tapi Deja, masuk hospital. Diorang ni nak jumpa juga Deja, tapi kanak-kanak tak boleh naik.

“Apa kita buat, kita kumpulkan semua orang, kita duduk dekat parking hospital, bonda dengan Deja turun,” kata suami wanita tersebut.

Suami dan anak-anak lakukan kejutan

Pada video sama, suami serta anak-anaknya yang lain sedang melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan Deja (anaknya yang menyambut hari lahir) bersama ibunya yang sedang dalam perjalanan ke sana.

Ketika Deja dan ibunya tiba, riak wajahnya kelihatan sedikit sedih kerana tiada sesiapa di kawasan tersebut ketika dia bersama ibunya tiba.

Namun eksresi wajahnya yang suram bertukar menjadi gembira sebaik melihat adik-beradik serta ayahnya ada di sana untuk meraikan ulang tahunnya bersama-sama.

Kenangan berharga yang akan disimpan selamanya

Walaupun mereka sekeluarga menyambut hari jadi dalam suasana yang cukup sederhana, tetapi rasa bahagia dan kenangan berharga seperti itu akan disimpan sebagai satu memori buat selama-lamanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosal turut berasa terharu dsan sebak melihat suasana sambutan ulang tahun tersebut yang cukup sederhana.

Selain itu, orang ramai juga dilihat mengucapkan selamat hari jadi buat adik Deja serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut diberikan kesembuhan.

BACA JUGA: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd