Now Reading
[Video] Ajak Banduan Tengok Piala Dunia, Aksi Polis Ini Dipuji Ramai

[Video] Ajak Banduan Tengok Piala Dunia, Aksi Polis Ini Dipuji Ramai

Seorang anggota polis Indonesia meletakkan sebuah komputer riba di atas kerusi di luar tirai besi penjara untuk membolehkan banduan menonton Piala Dunia 2022 juga.

Polis Indonesia Tumpangkan Banduan Tengok Bola Piala Dunia Raih Pujian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 (FIFA World Cup) yang sedang berlangsung di Qatar bermula dari 20 November sehingga 18 Disember 2022 menjadi tumpuan peminat sukan selepas ia kali terakhir diadakan pada tahun 2018 yang lalu.

Perlawanan Piala Dunia 2022 ini merupakan acara yang ditunggu-tunggu kerana pertandingan ini diadakan empat tahun sekali dengan melibatkan 32 buah pasukan terbaik dari seluruh dunia.

Kalau nak lagi seronok, boleh ajak kawan-kawan tengok bola di kedai mamak sambil minum teh ‘o ais. Memang ‘feel’ lain macam orang kata.

Sumber: History of Soccer

Pegawai Polis ‘Tumpangkan’ Banduan Tengok Perlawanan Piala Dunia Dalam Komputer Riba

Acara sukan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum di Malaysia, malah perlawanan Piala Dunia ini juga dilihat menjadi tali perhubungan antara anggota polis dan juga beberapa tahanan penjara di Indonesia.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@gust14r), lelaki tersebut yang dipercayai seorang anggota polis telah meletakkan sebuah komputer riba di atas kerusi di luar tirai besi penjara.

Anggota polis itu berbuat demikian kerana mahu bersama-sama menonton perlawanan Piala Dunia bersama beberapa tahanan di dalam penjara.

Dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, video berkenaan telah mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga berjaya meraih 7.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@gust14r/video/7168548256295783707?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tabiklah Abang Polis!

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pujian daripada orang ramai yang menyokong baik sikap anggota polis itu memberi peluang banduan menonton perlawanan bola.

Ada juga yang memberi pendapat bahawa mereka juga manusia biasa dan berhak untuk diberi peluang.

Mungkin pada masa akan datang, mereka dapat berubah menjadi insan yang lebih baik kan?

Apa-apa pun, tabiklah abang polis ini!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd