Wanita 20-an Serang Penumpang Kereta Api Di Jepun Guna Pisau Hingga Cedera
Seorang wanita dalam lingkungan 20an telah menghunus sebilah pisau sepanjang 15 meter dan mencederakan tiga orang lelaki yang berada dalam kereta api.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tahun 2024 baru sahaja melangkah untuk hari keempat, tetapi negara Jepun telah dilanda pelbagai kejadian malang termasuklah bencana gempa bumi dengan magnitud 7.4 pada 1 Januari lalu.
Bukan itu sahaja, negara matahari terbit ini juga berdepan kejadian kapal terbang milik Japan Airlines yang bertembung dengan sebuah lagi pesawat sebelum terbakar ketika ingin mendarat di lapangan terbang pada 2 Januari lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Nahas 2 Pesawat Berlanggar Di Tokyo, 5 Disahkan Maut
Baca Artikel Berkaitan: “Gegaran Hampir Sama Seperti Tsunami 2011” – Rakyat Malaysia Kongsi Situasi Gempa Bumi Di Jepun
Wanita Ditahan Pihak Polis Kerana Didakwa Serang Penumpang Kereta Api Guna Pisau
Dalam satu kejadian yang baru berlaku pada semalam (3 Januari), seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis Jepun selepas dipercayai terlibat dalam satu serangan menggunakan sebilah pisau sepanjang 15 sentimeter yang diacukan kepada penumpang kereta api.
Memetik The Japan Times, kejadian itu berlaku di antara stesen kereta api Akihabara dan JR Okachimachi di Tokyo pada jam 11:00 malam waktu tempatan.
Cemas dengan kejadian yang berlaku, penumpang lain segera menekan butang kecemasan pada kereta api berkenaan sejurus kenderaan itu tiba di stesen Akihabara.

Insiden berkenaan telah mengakibatkan tiga orang lelaki berusia 30 sehingga 60 tahun mengalami kecederaan di bahagian tepi, belakang dan tangan selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek.
Jurucakap Jabatan Polis Metropolitan Tokyo memaklumkan bahawa wanita yang berada dalam lingkungan 20an itu tidak mengenali kesemua mangsa yang cedera disebabkan oleh perbuatannya.
Susulan kejadian itu, syarikat Kereta Api Jepun Timur memaklumkan bahawa laluan Yamanote digantung buat sementara berikutan kejadian yang berlaku.
Knife attack on the train at Akihabara subway station in Tokyo;
— Readean (@readeancom) January 3, 2024
4 people were injured as a result of the attack.
The attacker was detained. pic.twitter.com/ni2TX6mcc8
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.