Now Reading
Nahas 2 Pesawat Berlanggar Di Tokyo, 5 Disahkan Maut

Nahas 2 Pesawat Berlanggar Di Tokyo, 5 Disahkan Maut

Difahamkan, pesawat pengawal pantai yang berlanggar dengan pesawat Japan Airlines itu membawa barangan bantuan ke kawasan gempa bumi di Wilayah Niigata, Jepun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 1 Januari lalu, dunia digemparkan dengan insiden gempa bumi yang berlaku sekitar wilayah Ishikawa di tengah Jepun dengan ukuran setinggi 7.6 magnitud.

Belum reda dengan kes tersebut, semalam (2 Januari), satu lagi insiden mengejutkan dilaporkan terjadi di negara matahari terbit itu apabila dua pesawat berlanggar di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Memetik sumber media tempatan Xinhua, lima orang anak kapal pengawal pantai Jepun disahkan maut selepas pesawat dinaiki berlanggar dengan pesawat Japan Airlines. Juruterbang mereka bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri.

Difahamkan, pesawat pengawal pantai itu membawa keperluan dan barangan bantuan untuk kawasan dan mangsa yang terlibat dengan bencana gempa bumi di Wilayah Niigata selepas beberapa siri gegaran.

Baca Artikel Berkaitan: “Gegaran Hampir Sama Seperti Tsunami 2011” – Rakyat Malaysia Kongsi Situasi Gempa Bumi Di Jepun

Baca Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Di Jepun: Wisma Putra Sahkan Tiada Rakyat Malaysia Terlibat


379 Penumpang Pesawat Japan Airlines Selamat

Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal pesawat Japan Airlines berjaya diselamatkan daripada nahas tersebut termasuklah lapan kanak-kanak. Namun begitu 17 daripada dilaporkan tercedera.

Untuk makluman, pesawat yang mengendalikan penerbangan JAL 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo itu bertembung dengan pesawat pesawat pengawal pantai Jepun ketika mendarat di Lapangan Terbang Haneda.


Api Berjaya Dipadamkan Selepas 6 Jam

Rakaman penyiar awam NHK menunjukkan letupan besar dilihat dari sebelah pesawat Japan Airlines ketika ia bergerak menuju ke landasan selepas mendarat kemudian api menyambar pesawat tersebut tidak lama selepas itu.

Namun dalam masa 20 minit, semua penumpang termasuk anak kapal telah menuruni pelongsor kecemasan untuk melarikan diri dari tempat kejadian.

Api kemudiannya berjaya dipadamkan oleh pihak bomba selepas enam jam kebakaran, lapor AP.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan berkata bahawa semua landasan di Lapangan Terbang Haneda kini ditutup akibat insiden berkenaan.

Video insiden yang berjaya dirakam oleh penumpang Japan Airlines turut tular di media sosial.

Sumber: X (@aviationbrk)

Wisma Putra Sedang Kenal Pasti Info Penumpang

Kementerian Luar Negeri menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo kini sedang berhubung dengan pegawai Japan Airlines serta pihak berkuasa Jepun bagi memantau dan mendapatkan maklumat sama ada terdapat rakyat Malaysia terlibat dalam insiden itu.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan kerajaan Jepun,” tambah kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, anda boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di alamat 20-16 Nanpeidai-cho, Shibuya-ku, 150-0036 Tokyo atau menghubungi talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan).

Sumber: Facebook Wisma Putra

Baca Artikel Berkaitan: 2 Juruterbang Hilang Di Laut Dubai Akibat Terhempas Semasa Latihan Penerbangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd