Now Reading
Kenapa Lampu Isyarat ‘Jalan’ Di Jepun Warna Biru & Bukan Hijau?

Kenapa Lampu Isyarat ‘Jalan’ Di Jepun Warna Biru & Bukan Hijau?

Sesetengah lampu isyarat di Jepun berwarna hijau dan ada juga yang berwarna biru kerana faktor penggunaan istilah ‘ao’ dan ‘midori’ dalam bahasa mereka.

Kenapa Lampu Isyarat 'Jalan' Di Jepun Warna Biru & Bukan Hijau?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Kalau anda pergi ke mana-mana negara sekali pun, setiap jalan raya mesti akan ada lampu isyarat terutamanya di kawasan persimpangan yang sibuk.

Penting ya untuk ada lampu isyarat kerana ia digunakan untuk mengawal laluan kenderaan yang ingin memasuki persimpangan berbeza selain dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan jalan raya.

Secara umumnya, kita semua tahu lampu isyarat mempunyai tiga warna iaitu merah untuk ‘berhenti’, kuning bermaksud ‘bersedia’ dan hijau pula memberi isyarat untuk ‘jalan’.

Tetapi anda jangan terkejut kerana ada negara yang mempunyai lampu isyarat selain dari tiga warna ini. Biar betul?


Negara Jepun Ada Lampu Isyarat Warna Biru Dan Ini Sebabnya!

Kepada anda yang pertama kali datang ke negara Jepun, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa sesetengah lampu isyarat di sana berwarna biru?

Sumber: Flickr

Memetik sumber dari Reader’s Digest, warna biru pada lampu isyarat jalan raya Jepun wujud kerana keunikan bahasa mereka.

Pada ratusan tahun terdahulu, istilah untuk warna dalam bahasa Jepun hanya terdiri daripada empat warna sahaja iaitu hitam, putih, merah dan biru.

Masyarakat Jepun zaman dahulu akan menggunakan istilah ‘ao’ untuk merujuk kepada sesuatu objek berwarna hijau.

Sumber: Pinterest

Setelah sekian lama, istilah untuk mewakili warna hijau itu sendiri telah diwujudkan dengan panggilan ‘midori’. Ada juga sesetengah pihak yang mendefinisikan ‘midori’ sebagai bayangan warna biru.

Jadi disebabkan masyarakat Jepun sudah terbiasa dengan istilah ‘ao’ sebagai warna hijau, agak sukar bagi mereka untuk menukarkannya kepada ‘midori’ kerana boleh mendatangkan kekeliruan.


Jadi Bagaimana Kerajaan Jepun Tetapkan Warna Rasmi Lampu Isyarat Mereka?

Tidak dinafikan kekeliruan yang berlaku ini bukan sahaja menyukarkan masyarakat tempatan, malah pelancong asing juga terkesan.

Ini kerana lampu isyarat berwarna hijau disebut sebagai ‘ao’ yang merujuk kepada biru, sedangkan istilah ‘midori’ sudah diwujudkan untuk mewakili warna hijau dalam bahasa Jepun.

Sumber: CarKeys

Pada tahun 1973, kerajaan Jepun mengambil keputusan untuk mengekalkan warna lampu isyarat ‘jalan’ sebagai warna hijau seakan-akan biru. Keputusan ini dikekalkan sehingga ke hari ini.

Jadi, istilah ‘ao’ yang digunakan oleh orang Jepun masih bertepatan dengan penggunaan istilah mereka.

Malah, penggunaan warna hijau seakan-akan biru itu juga mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam Konvensyen Isyarat dan Tanda Jalan Viena seperti mana yang ditandatangani oleh kerajaan Jepun pada tahun 1968.

BACA JUGA: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

BACA JUGA: YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia

BACA JUGA: “Sepatah Pun Tak Faham” – Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd