Now Reading
“Next Level” – Lampu Isyarat Dilengkapi Kalimah Zikir Di Kelantan Raih Pujian

“Next Level” – Lampu Isyarat Dilengkapi Kalimah Zikir Di Kelantan Raih Pujian

Kelihatan paparan ayat zikir tasbih, takbir dan tahmid ketika lampu isyarat berwarna merah di Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, lampu isyarat perlu dipatuhi semua pengguna jalan raya kerana ia berfungsi untuk mengawal lalu lintas sekaligus menjaga keselamatan.

Kebiasaannya, lampu isyarat yang tertera mempunyai tiga warna penunjuk iaitu hijau (jalan), kuning (bersedia untuk berhenti) dan merah (berhenti).

Namun lain pula kali ini, apabila lampu isyarat disertakan sekali dengan perkataan dan ayat al-Quran.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lampu Isyarat ‘Jalan’ Di Jepun Warna Biru & Bukan Hijau?


Paparan Ayat Zikir Tasbih, Takbir & Tahmid Di Lampu Isyarat

Menerusi satu hantaran yang tular di laman TikTok (@bammie85), seorang lelaki dikenali sebagai Bammie sedang menunjukkan situasi ketika berada di persimpangan lampu isyarat sekitar Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan.

Yang menarik perhatian adalah, persimpangan itu bukan sahaja tersedia dengan lampu isyarat yang biasa, malah ia dilengkapi dengan isyarat ‘STOP’ ketika lampu berwarna merah manakala ‘GO’ sebagai penanda untuk jalan.

Sumber: TikTok (@bammie85)

Apa yang lebih menjadi tumpuan adalah paparan ayat zikir dalam tulisan Arab iaitu tasbih (Subhanallah), takbir (Allahuakbar) dan tahmid (Alhamdulillah) berwarna merah ketika kenderaan sedang berhenti.

Sumber: TikTok (@bammie85)

Tulisan zikir yang tertera tersebut seolah-olah mengajak orang ramai untuk berzikir bersama sewaktu pemandu perlu memberhentikan kenderaan mereka.

Memang lain daripada yang lain ya lampu isyarat ni!

@bammie85 The next level Traffic Light di persimpangan 4 Kubang Kerian. 😀👌 #traficlight #kelantan #kubangkerian #fyp #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Abang MANTUL

Netizen Puji Idea Letak Ayat Zikir Pada Lampu Isyarat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pihak terlibat yang memasang isyarat lampu berkenaan.

“Boleh buat pahala (berzikir), daripada berhenti saja-saja (di lampu isyarat),” kata seorang lelaki.

Sementara itu ada juga individu yang berharap semua pihak yang terlibat dalam pemasangan lampu isyarat berkenaan dilimpahkan ganjaran pahala.

“Alhamdulillah semoga yang buat, bagi idea dan yang membaca (zikir) dapat pahala. Paling penting semua boleh (dapat) kebaikan dan minta jauh (dari) keburukan,” jelas seorang netizen.

Ada juga yang berseloroh dengan berkata lampu isyarat ketika berhenti itu perlu disertakan sekali dengan ayat dialek Kelantan ‘bae sobar bae’ (sayang sabar sayang) yang kini viral di media sosial.

“Kena tulis stop, bae sobar bae,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@bammie85)

Alhamdulillah, bernas juga idea letak ayat zikir dekat situ, dalam masa menunggu dapat juga pahala. Dalam masa sama, Insya-Allah zikir itu dapat menghilangkan stres para pemandu.

Baca Artikel Berkaitan: Perlu Ada Dalam Kotak, Rupanya Masih Ada Yang Tak Tahu Tentang Sensor Lampu Isyarat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nak Tahu Kenapa Traffic Light Kerap ‘Skip’ Giliran Anda ? Baca Perkongsian Juruteknik Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd