Now Reading
“Sepatah Pun Tak Faham” – Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur

“Sepatah Pun Tak Faham” – Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, anak lelakinya itu telah berkahwin dengan wanita Jepun dan sudah mempunyai seorang anak.

"Sepatah Pun Tak Faham" - Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua insan yang saling menyayangi antara satu sama lain, tetapi juga mempertemukan keluarga dari pihak lelaki dan perempuan.

Sesetengah pihak merasakan jika kedua-dua pasangan berbeza kaum atau bangsa, ia akan mengeruhkan keadaan dan menjadi penghalang, tetapi tidak sebenarnya.

Lagi seronok sebab masing-masing boleh belajar budaya yang baharu.

Keluarga Mentua Dari Jepun Datang Malaysia Untuk Bertemu Besan

Menerusi video perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@farahwaheeda92), wanita ini menceritakan keluarga mentua adiknya yang merupakan warga Jepun datang ke Malaysia untuk bertemu dengan besan mereka.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah ketika mentua adiknya itu menjamu selera di dapur mereka dan berbual dalam bahasa Jepun.

Perbualan mereka dalam bahasa asing itu membuatkan ibu kepada pengguna TikTok yang merupakan besan suami isteri dari Jepun ketawa kecil kerana tidak faham sepatah yang dibicarakan.

Difahamkan, anak lelakinya itu telah berkahwin dengan wanita Jepun dan sudah mempunyai seorang anak.

Video reaksi si ibu untuk mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 1.8 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@farahwaheeda92/video/7162045954542144795?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Tak Ada ‘Subtitle’ Ke?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wanita tersebut yang tidak faham perbualan besannya dalam bahasa Jepun itu.

Sudah terbiasa buka sari kata bila tak faham bahsa asing dalam filem, rata-rata pengguna media sosial sempat bergurau kononnya tanya tak pasang ‘subtitle’ ke di situ.

Pada masa sama, mereka juga terhibur dengan cara wanita itu melayan cucunya dengan lagu yang katanya hampir semua nenek biasa nyanyi untuk buat anak kecil terhibur.

Kalau macam ini gayanya, memang kena ada jurubahasa baru boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Takut lain yang dicakap, lain yang dibuatnya.

BACA JUGA: Kawan Bangsa Cina Jemput Pergi Wedding? Jom Kami Bantu Pilih Hadiah Sesuai

BACA JUGA: Mufti Perjelas Hukum Melamar Di Hadapan Orang Ramai


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd