Now Reading
YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia

YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia

Selepas menerima ‘DE Rantau Nomad Pass’ dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), pasangan YouTuber iChang RM dan Jimmy boleh menetap di Malaysia selama setahun secara sah.

YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Mahu Buat Banyak Konten

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pasangan YouTuber dikenali sebagai iChang dan pasangannya Jimmy yang merupakan rakyat dari negara Jepun yang dilihat sangat menghargai hidangan popular di Malaysia iaitu Nasi Lemak.

Sebelum ini, pasangan YouTuber ini pernah memberikan Nasi Lemak Bungkus kepada jiran-jiran mereka di Hong Kong bersempena dengan sambutan Bulan Ramadan.

Difahamkan pasangan ini memang menggemari makanan dari Malaysia dan mengambil keputusan untuk membuat sendiri hidangan itu daripada proses menanak nasi sehingga membungkusnya menggunakan daun pisang.

BACA JUGA: YouTuber Jepun Agih Nasi Lemak Di Hong Kong Untuk Sambut Bulan Ramadan

Pasangan YouTuber Dari Jepun Terima Visa Jangka Masa Panjang Oleh MDEC

Terdahulu, iChang dan pasangannya Jimmy memuat naik video sedih di laman YouTube (iChang RM) kerana terpaksa meninggalkan negara Malaysia yang menjadi kegemaran mereka.

Difahamkan, visa pelancong mereka berdua telah tamat dan mereka perlu kembali semula ke Jepun selepas 180 hari menetap di Malaysia.

Baru-baru ini, pasangan YouTuber itu telah memuat naik video di YouTube menunjukkan mereka berada berada di pejabat Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk mengambil ‘DE Rantau Nomad Pass’.

Dalam video itu, Jimmy mengucapkan terima kasih kepada pihak MDEC kerana telah membantu mereka untuk mendapatkan pas tersebut.

iChang juga dilihat mengalirkan air mata ketika menerima pas tersebut dari pegawai MDEC.

Dengan adanya ‘DE Rantau Nomad Pass’, iChang dan Jimmy tidak perlu lagi untuk pulang ke Jepun setiap 90 hari berikutan tempoh visa pelancong yang hampir tamat.

Kini, mereka boleh menetap di Malaysia secara sah selama satu tahun.

Kami berjanji akan memuat naik lebih banyak konten video berkaitan Malaysia dan mempromosikan budaya masyarakat kepada penduduk di seluruh dunia. Bukan setakat video makan, kami juga akan buat konten lain dan menerokai Malaysia dengan lebih menyeluruh.

Pasangan YouTuber iChang dan Jimmy.
https://www.youtube.com/watch?v=dMmXSFGZy8o&t=11s

Siapa iChang RM Dan Jimmy Ini Sebenarnya?

Kepada anda yang tidak mengenali mereka berdua, pasangan ini sering memuat naik konten di media sosial dan laman YouTube mereka dengan mempamerkan budaya dan kepelbagaian makanan di Malaysia.

Perkongsian mereka itu membuat ramai pelancong dari luar negara ingin datang bercuti sendiri ke Malaysia.

Antara video mereka di YouTube yang membuatkan pasangan ini dikenali ramai adalah ketika mereka memberikan kuih-muih yang popular di Malaysia kepada penduduk tempatan di Hong Kong.

Kuih-muih yang diberikan iaitu Tepung Pelita, Kuih Cara Manis dan Keria itu dimasak sendiri oleh iChang dan Jimmy.

Video tersebut telah mendapat 4.7 juta tontonan setakat hari ini dan menjadi titik permulaan mereka untuk terus mempromosikan hidangan dari Malaysia.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd