Now Reading
Kenapa Bandar Nagoya Tak Benarkan Berjalan Atas Eskalator?

Kenapa Bandar Nagoya Tak Benarkan Berjalan Atas Eskalator?

Undang-undang baharu di Bandar Nagoya, Jepun iaitu tidak membenarkan pengguna berlari atau berjalan atas eskalator bertujuan mengurangkan kes kemalangan di bandar tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila berada di tempat awam, pelbagai fasaliti yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan beban masyarakat.

Namun, dalam kita menggunakan kemudahan tersebut, adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga kerana sesetengah daripadanya berbahaya.

Seperti di Jepun, negara tersebut sangat terkenal dengan kecanggihan teknologi yang diguna pakai dalam fasaliti tempat awam namun masih mencatatkan kes kemalangan yang tinggi.


Orang Awam Kini Tidak Boleh Berjalan Atas Eskalator Di Nagoya Jepun

Pada Ahad (1 Oktober), undang-undang baru telah digubal di bandar Nagoya Jepun iaitu orang awam kini dilarang untuk berjalan di atas eskalator.

Menurut sumber Japan Today, orang ramai hanya dibenarkan berdiri diam semasa menaiki eskalator.

Sebelum ini, pengguna eskalator telah diarahkan berdiri di sebelah kiri bagi memberi laluan kepada mereka yang sedang dalam keadaan terburu-buru untuk lalu di laluan kanan.

Manakala undang-undang baru yang digubal hanya membenarkan pengguna di sebelah kanan serta kiri untuk berdiri dengan diam tanpa berjalan atau berlari naik dan turun eskalator.

Walau bagaimanapun, pengguna tidak akan dikenakan penalti atau denda sekiranya tidak mengikuti undang-undang tersebut.


Mengapa Peraturan Baru Ini Diperkenalkan?

Peraturan ini dikuat kuasa bagi mengubah sikap orang awam, serta mengelakkan penumpang daripada terjatuh sehingga menyebabkan kemalangan semasa menaiki eskalator.

Sekitar tahun 2018 hingga 2019, sebanyak 805 kes kemalangan telah dilaporkan oleh Persatuan Lif Jepun.

Kemalangan ini berlaku disebabkan oleh tingkah laku orang awam yang menaiki eskalator secara salah dan tidak praktikal.

Ini termasuk kes seperti penumpang hilang imbangan semasa berlari di atas eskalator serta merempuh penumpang lain sehingga menyebabkan kejatuhan.

Susulan itu, kerajaan bandar Nagoya juga telah menyiarkan iklan TV, memasang poster serta papan tanda dalam bahasa Jepun dan Inggeris di stesen kereta api sebagai peringatan kepada orang ramai.

Bagi menguar-uarkan peraturan baru tersebut kepada masyarakat setempat, kakitangan di bandar akan menaiki eskalator di laluan kanan dengan papan tanda tangan besar di belakang mereka untuk menghalang pengguna daripada berjalan semasa menaiki fasaliti itu.


Tips Keselamatan Naik Eskalator

Bagi anda yang selalu menggunakan fasaliti di tempat awam, di sini kami kongsikan beberapa tips keselamatan apabila menaiki eskalator yang boleh dipraktikkan oleh orang dewasa atau anak kecil. Antaranya:

  • Jangan bermain atau bersandar pada selusur tangga bergerak.
  • Mengekalkan jarak antara kasut atau selipar dengan eskalator yang bergerak.
  • Perhatikan pakaian anda sekiranya sedang melangkah ke arah eskalator agar tidak tersangkut.
  • Mendukung anak kecil adalah lebih disarankan berbanding membiarkan mereka berjalan sendiri atas eskalator.
  • Pandang ke hadapan dan sentiasa meletakkan tangan pada pemegang tepi eskalator.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Berdiri Je Jangan Turun Macam Tangga” – Wanita Ini Kongsi Cara Guna Eskalator Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: Kaki Kanak-kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator Di IOI City Mall

Baca Artikel Berkaitan: “Buat Aduan Kepada DBKL” – Rapid KL Perjelas Eskalator Rosak Bukan Tugas Mereka

Sumber: Japan Today | Wanfar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd