Now Reading
“Berdiri Je Jangan Turun Macam Tangga” – Wanita Ini Kongsi Cara Guna Eskalator Dengan Betul

“Berdiri Je Jangan Turun Macam Tangga” – Wanita Ini Kongsi Cara Guna Eskalator Dengan Betul

Pengguna eskalator sepatutnya hanya berdiri sehingga tiba di penghujung dan tidak menuruninya seperti tangga bagi mengurangkan risiko kerosakan.

Cara Guna Eskalator Dengan Betul Supaya Tak Cepat Rosak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 5 Disember lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah ‘turun’ sendiri ke beberapa stesen LRT di sekitar Lembah Klang untuk memantau tahap servis perkhidmatan pengangkutan tersebut pada waktu puncak.

Antara perkara yang turut menjadi perhatian Anthony ketika meninjau beberapa lokasi berkenaan adalah dari segi perkhidmatan eskalator serta lif.

Sumber: Facebook/Anthony Loke Siew Fook

Selepas selesai tinjauan berkenaan, Anthony telah mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana bagi membincangkan langkah bagi menambah baik servis pengangkutan itu.

BACA JUGA: Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

Eskalator Di Stesen LRT KLCC Akhirnya Siap Dibaiki Selepas 2 Tahun

Baru-baru ini, seorang wartawan dari Channel News Asia memuat naik hantaran di laman Twitter miliknya (@syafique) memaklumkan eskalator di stesen LRT KLCC akhirnya telah selamat dibaiki selepas dua tahun tergendala.

Eskalator berkenaan didakwa rosak sejak tahun 2020 ketika negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada kali pertama.

Difahamkan, eskalator tersebut mula ditutup laluannya sejak September lalu untuk kerja membaik pulih dan pengguna hanya boleh menggunakan perkhidmatan tangga biasa buat sementara waktu.

Keadaan eskalator tersebut yang sudah kembali berfungsi sudah pastinya membuat ramai pengguna LRT berpuas hati.

Cara Menggunakan Eskalator Dengan Lebih Cermat Supaya Tidak Mudah Rosak

Dalam satu hantaran lain yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Yasmin Zulhaime (@yasminzulhaime), wanita ini berkongsi cara untuk menggunakan perkhidmatan eskalator dengan betul.

Untuk memberikan lebih pemahaman kepada orang ramai, wanita ini juga menyertakan sekali beberapa lukisan ringkas.

Sumber: Twitter/@abdulaziz60

Menurutnya, pengguna eskalator sepatutnya hanya berdiri sehingga tiba di penghujung dan tidak menuruninya seperti tangga. Kenapa?

Apabila satu sisi lebih berat daripada sisi di sebelahnya, keadaan ini akan menyebabkan fungsi eskalator merosot dan berpotensi untuk mengakibatkan kesesakan di tangga eskalator.

Sumber: Cheddar/YouTube

Keadan tangga yang dibina untuk fungsi tangga biasa serta eskalator juga berbeza.

Kalau anda perasan, tapak pada setiap tangga dibina dengan keadaan yang tidak curam, lebih rendah dan langkah untuk mendaratkan kaki lebih luas bagi mengelakkan kaki kita cepat letih.

Sumber: Cheddar/YouTube
Sumber: Cheddar/YouTube

Dengan mengamalkan cara yang betul ketika menggunakan eskalator, beberapa perkara dapat dielakkan seperti:

  • Mengurangkan kerosakan eskalator.
  • Meningkatkan kapasiti penggunaan eskalator dalam satu masa.
  • Mengurangkan risiko kecederaan ketika menggunakan eskalator.

Kalau anda ingin memahami lebih mendalam lagi tentang penggunaan eskalator secara tepat, boleh tengok video di bawah.


Sebelum ini, banyak aduan tentang kerosakan eskalator dan beberapa perkhidmatan lain di stesen LRT menjadi rungutan para pengguna.

BACA JUGA: “Buat Aduan Kepada DBKL” – Rapid KL Perjelas Eskalator Rosak Bukan Tugas Mereka

BACA JUGA: Lampu Malap, Kipas Rosak & Beberapa Masalah Serius Lain Di Stesen LRT Subang Alam


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd