“Buat Aduan Kepada DBKL” – Rapid KL Perjelas Eskalator Rosak Bukan Tugas Mereka
Siapa yang bertanggungjawab? Rapid KL atau DBKL?


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Lima tahun lalu, pengguna Twitter iaitu Muz ada memaklumkan penyedia pengangkutan awam Lembah Klang, Rapid KL mengenai eskalator rosak di stesen kereta api Sri Rampai LRT di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Eskalator itu didakwa masih belum diperbaiki sehingga hari ini.
Sebelum ini, Rapid KL membalas dengan tweet berkata, “Kami memohon maaf atas kesulitan. Pada masa ini kami sedang menunggu alat ganti untuk membaiki eskalator tersebut.”
Dah 5 tahun aku tunggu (tweet asal ni exactly 5 tahun lepas), dah 3 kali tukar kerajaan, escalator ni dari 2016 tak dapat spare part lagi? @MyRapidKL https://t.co/wXGAEHrQXv pic.twitter.com/8Hu3gm3Wmm
— Muz (@MuzamilIdris) November 9, 2021
BACA LANJUT : It’s Been 5 Years & This LRT Escalator In KL Is Still Out Of Order
Hari ini, Rapid KL menjelaskan di Twitter bahawa selepas pemeriksaan -eskalator itu tidak berada di bawah bidang kuasa mereka untuk diperbaiki.
Dalam tweet itu, Rapid KL turut menyertakan foto ‘bukti’ untuk menunjukkan bahawa eskalator itu bukan berada di bawah selenggaraan pihak mereka.
1/2 Hi, kami memohon maaf di atas kekhilafan maklum balas tweet yang terdahulu. Selepas semakan semula dibuat, kami ingin memaklumkan bahawa eskalator ini bukan di bawah selenggaraan Rapid KL. Bersama ini disertakan gambar sebagai rujukan. pic.twitter.com/HukqWAfGUj
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 10, 2021
Netizen menyifatkan tweet tersebut sebagai cubaan ‘melepas tangan’.
“Lmao they basically just said this. ‘How do I know? I’m just a fish,” tulis netizen.
lmao they basically just said this pic.twitter.com/DNGQgW0K2L
— 🥀 (@divtene) November 10, 2021
“Lol this is not even a solution. More likely mcm nk selamat diri sendiri,” jelas netizen.
Lol this is not even a solution. More likely mcm nk selamat diri sendiri
— TED 🏴☠️ (@hfizjalis) November 10, 2021
“Jadi, MyRapidKL/RapidKL ialah Prasarana? Adakah budaya dalam organisasi sama di seluruh Malaysia? Untuk meletakkan limit dan mengatakan ini bukan bidang kuasa mereka? Tetapi gambaran yang lebih besar masih perlu diperbetulkan. Secara kolektif, ia perlu diselesaikan. Adakah anda telah melakukan bahagian anda? :)” tegas pengguna Twitter.
So, MyRapidKL/RapidKL is Prasarana? Is the culture within the organisation the same across Malaysia? To draw lines and say this is not my jurisdiction? But the bigger picture still stands to be corrected. Collectively, it needs to be solved. Have you done your part? 🙂
— Mmao Mmao (@mmaoyen) November 10, 2021
Malah, susulan hal ini rakyat Malaysia dilihat berang dengan perkara yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian.
Mana tidaknya, dah bertahun-tahun mereka tunggu eskalator ini untuk diperbaiki. Sampai hari ini, masih sama.
Senang cakap, “not my problem” kan? Hahaha instead, go inform the proper authorities who need to fix the escalator lah. Serve your customers right. Semua benda rakyat kena buat sendiri
— Inbaraj is Fully Vaccinated (@Inbarajs) November 11, 2021
Ada juga yang mempersoalkan tentang ‘spare part’ yang pernah ditempah sebelum ini.
So 5 tahun order spare part tu menipu ke tersalah order?
— ▪️ (@yvyvivy) November 10, 2021
Tetapi persoalan sama masih kekal, siapa yang bertanggungjawab untuk pembaikan eskalator jika eskalator itu bukan di bawah bidang kuasa Rapid KL?
Dalam tweet kedua, Rapid KL memberitahu orang ramai untuk mengemukakan aduan mereka kepada DBKL jika mereka menghadapi masalah dengan eskalator yang tidak dibaiki.
2/2 Kami menyarankan anda mengemukakan aduan kepada pihak DBKL di pautan https://t.co/Ki4FgXPfEx. Terima kasih. @ITIS_TRAFIK
— Ask Rapid KL (@AskRapidKL) November 10, 2021
@DBKL2u
Ada juga yang ‘bergurau’ sambil mengatakan Rapid KL akan meletakkan kesalahan ini kepada DBKL dalam permainan ‘Tag, You’re It’ ini.
Kita semua tahu ni sebenarnya tggjawab DBKL sbg pihak berkuasa tempatan melestarikan ibu negara, maka @DBKL2u apa tindakan anda?
— 😵 🇲🇾🚩🏴 (@AiemenRazieq) November 11, 2021
Sedap eh biar RapidKL je take the blame pic.twitter.com/LYfn5FYUJD
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.