Now Reading
Kaki Kanak-kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator Di IOI City Mall

Kaki Kanak-kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator Di IOI City Mall

Kaki kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu tersepit di bahagian tepi eskalator ketika turun dari tingkat dua IOI City Mall bersama ibu bapanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas kakinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya semalam (10 April).

Mangsa berusia tiga tahun itu dipercayai bersama dengan ibu bapanya ketika sedang turun dari tingkat dua sebelum kaki kanannya secara tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis memaklumkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya segera ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 tengah hari.

Operasi menyelamat itu mengambil masa kira-kira setengah jam dan mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Saksi terdengar jeritan kuat

Menerusi laporan, seorang saksi dikenali sebagai Nurul menceritakan bahawa dia terdengar satu jeritan sangat kuat sebelum melihat insiden yang menimpa kanak-kanak berkenaan.

Ketika itu, keadaan sangat panik. Nasib baik ada yang segera tekan butang kecemasan untuk menghentikan eskalator tersebut. Hampir satu jam kanak-kanak tersebut menangis sebelum pihak bomba datang menyelamatkan kakinya.

Saksi kejadian, Nurul.

Pihak pengurusan pusat beli-belah juga telah menutup operasi eskalator itu buat sementara waktu.

Diharapkan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Ibu bapa pun berperanan untuk memantau anak masing-masing bagi mengelakkan ‘mimpi ngeri’ berlaku.

Tak kisahlah kanak-kanak atau orang dewasa, kita semua kena berhati-hati ketika menggunakan tangga ini okay?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd