Now Reading
Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Seramai 151 orang dilaporkan maut dalam tragedi Halloween Itaewon yang berlaku di Seoul, Korea Selatan pada 29 Oktober lalu.

Tragedi Halloween Itaewon: Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 29 Oktober lalu, seluruh dunia dikejutkan dengan satu tragedi yang berlaku di Seoul, Korea Selatan ketika sambutan Halloween yang pertama kali dilakukan dalam tempoh tiga tahun selepas dilanda pandemik.

Ketika sambutan Halloween di sebuah kawasan hiburan tumpuan utama di Seoul, dianggarkan lebih 100,000 pengunjung berada di sekitar lokasi pada satu masa yang sama dengan memakai topeng serta kostum.

Jumlah tersebut dikatakan 10 kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sumber: Detik News/ Klik Times

Tragedi Halloween Itaewon Ibarat ‘Domino’

Namun sambutan tersebut bertukar tragedi selepas situasi bertukar huru-hara di satu lorong yang sempit sehingga mengakibatkan rempuhan serta kematian.

Memetik laporan Astro Awani, insiden rempuhan itu telah mengakibatkan 151 orang maut serta 156 orang cedera dan perlu menerima rawatan di hospital.

Ramai mangsa juga dilihat terbaring di jalan raya dan memerlukan bantuan pernafasan kerana mengalami sesak nafas akibat terperangkap di lorong sempit.

Sumber: allkpop

Salah seorang mangsa yang terselamat menceritakan insiden tersebut ibarat permainan domino.

Keadaan jalan adalah berbukit. Jadi apabila ada yang terjatuh, mereka menyebabkan orang lain juga terjatuh sehingga ada mangsa yang dipijak badannya kerana terlalu ramai orang pada ketika itu.

Mangsa yang terselamat dalam tragedi Halloween Itaewon.

Sebahagian mangsa yang maut dalam tragedi sambutan Halloween terbesar di Korea Selatan ini merupakan remaja dan orang dewasa dalam lingkungan 20-an.

Seramai 19 orang warga asing turut disahkan maut dalam tragedi rempuhan tersebut termasuklah warga Iran, Uzbekistan, China dan Norway.

Sumber: CNN/ BBC

Beberapa video menunjukkan kepadatan pengunjung di lorong curam berhampiran Hotel Hamilton di Seoul juga telah tular di media sosial.

Kerajaan Seoul Bantu Proses Rawatan Dan Pengebumian Mangsa Tragedi Halloween Itaewon

Pihak polis Seoul turut menerima 355 laporan individu yang hilang susulan tragedi Halloween Itaewon pada Sabtu lalu.

Presiden Korea Selatan Yook Suk-yeol telah mengeluarkan arahan agar siasatan penuh berhubung tragedi Halloween Itaewon itu dilakukan dan berjanji insiden berkenaan tidak akan berulang lagi.

Sumber: Sinar Harian Premium

Memetik laporan Yonhap, beliau juga mengumumkan tempoh berkabung semalam (30 Oktober) dan mengarahkan bendera Korea Selatan dikibarkan separuh tiang susulan insiden itu.

Kerajaan akan menetapkan tempoh berkabung bermula 30 0ktober sehingga tragedi itu dapat diuruskan sepenuhnya. Kami akan menyiasat secara menyeluruh punca kejadian dan membuat penambahbaikan supaya kemalangan ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Presiden Korea Selatan Yook Suk-yeol.

Yoon mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan berharap mereka yang tercedera agar kembali sembuh seperti normal.

Kerajaan Korea Selatan juga akan membantu proses pengebumian dan perkhidmatan rawatan kecemasan kepada pesakit yang memerlukan.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia di Korea Selatan yang ingin mendapatkan maklumat terkini atau perkhidmatan kaunseling selepas terlibat dalam insiden rempuhan Halloween Itaewon di Seoul pada Sabtu lalu boleh menghubungi pihak kedutaan di talian +8210 8974 8699.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd