Now Reading
Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

Beberapa barangan tidak boleh dibiarkan dalam suhu tinggi yang terlalu lama di dalam kereta kerana boleh meningkatkan risiko kebakaran dan letupan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, cuaca sejak kebelakangan ini lebih panas berbanding kebiasaan, betul tak?

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terdahulu telah mengeluarkan kenyataan pada 13 Februari lalu bahawa negara kita akan mengalami cuaca lebih panas dan kering berikutan fenomena El Nino.

Perkara ini berlaku susulan ketiadaan taburan hujan dalam tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, cuaca ini dijangka akan kembali normal pada pertengahan tahun.


5 Jenis Barang Yang Perlu Elak Ditinggalkan Dalam Kereta

Disebabkan cuaca yang panas ini, seorang pengguna TikTok (@altimatsaujana) telah memuat naik video dengan berkongsi beberapa jenis barangan yang tidak boleh ditinggalkan di dalam kereta ketika cuaca panas melampau sedang melanda.

Antara barangan tersebut adalah:

#1. Makanan dan minuman
Sumber: Pexels

Jika makanan dan minuman ditinggalkan dalam bungkusan atau pek, ia akan memberikan kesan yang bahaya kepada kesihatan seseorang kerana telah terdedah dengan bahang matahari.

Ini kerana suhu di dalam kereta boleh mencecah sehingga 70 darjah Celcius.

#2. Powerbank
Sumber: Pexels

Powerbank dikuasakan oleh bateri lithium ion yang sangat bahaya apabila dibiarkan dalam suhu panas melampau lebih-lebih lagi di dalam kereta.

Malah sebelum ini, terdapat laporan mengenai kes powerbank yang terbakar di dalam kereta.

#3. Pemetik api
Sumber: Freepik

Kebiasaannya perokok akan mempunyai lebih daripada satu pemetik api dan salah satu tempat ia sering disimpan adalah di dalam kereta.

Pemetik api merupakan antara barangan yang mudah terbakar dan senang meletup apabila terdedah dengan suhu yang terlampau panas.

#4. Petrol
Sumber: Protonclub Automotive

Petrol yang dimaksudkan ini bukanlah petrol yang berada di dalam tangki minyak anda ya. Minyak petrol yang dimaksudkan adalah petrol yang disimpan di dalam botol untuk kegunaan ketika waktu kecemasan.

Sesetengah individu beranggapan bahawa petrol ini hanya akan terbakar sekiranya mempunyai percikan api, tetapi sebenarnya ia juga berbahaya jika dibiarkan dalam suhu yang tinggi.

Malah baru-baru ini, sebuah Proton Persona di Tanah Merah, Kelantan musnah selepas terbabas dan terbakar. Difahamkan, bomba memakan masa yang lama untuk memadamkan kebakaran kerana kereta tersebut membawa beberapa bekas tong petrol yang diisi penuh.

#5. Penyembur aerosol
Sumber: Pexels

Contoh penyembur aerosol ini adalah seperti minyak wangi, penyembur kereta atau penyembur serangga kerana bahan kimia yang terkandung di dalam barangan tersebut boleh mengembang dan menghasilkan tindak balas letupan akibat dari bahang di dalam kenderaan.

Di akhir video, lelaki ini juga mengingatkan kepada para ibu bapa untuk tidak cuai sehingga meninggalkan anak-anak di dalam kereta.

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Pucat Lepas Ditinggalkan 40 Minit Dalam Kereta Dengan Enjin Mati

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Pesanan itu diberikan selepas terdapat beberapa kes yang berlaku di mana ibu bapa tertinggal anak kecil di dalam kereta. Lebih membimbangkan lagi apabila kenderaan itu berada di bawah terik matahari.

Selain lima barangan di atas, anda juga dinasihatkan untuk tidak menyimpan barangan peribadi yang lain seperti ‘hand sanitizer’, ubat-ubatan, komputer riba dan telefon.


5 Tips Untuk Mengekalkan Kediaman Dalam Keadaan Sejuk Tanpa Menggunakan Pendingin Hawa

Dalam cuaca panas ini, mesti ramai yang lebih memilih untuk berada di dalam kawasan yang berpendingin hawa, betul tak? Barulah sejuk sikit dan kurang berpeluh.

Tapi jika pendingin hawa dibuka 24 jam tanpa henti di rumah, risau pula kalau bil elektrik melambung naik.

Gambar sekadar hiasan.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk menjadikan rumah anda kekal sejuk walaupun tanpa membuka pendingin hawa.

Caranya adalah:

  • Menggantikan mentol pijar dengan mentol LED untuk mengurangkan haba.
  • Memasang bidai atau langsir gelap bagi mengurangkan jumlah haba yang mengalir ke dalam rumah.
  • Melekatkan filem berwarna pada tingkap.
  • Mencipta sistem penyejukan semula jadi menggunakan ciri air.
  • Mengelap kipas siling anda dengan kerap.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa

Baca Artikel Berkaitan: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd