Now Reading
Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan

Cuaca Panas Bukan Halangan, Ini 7 Tips Kekal Sihat & Bertenaga Di Bulan Ramadan

Antara tips yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin tubuh badan sihat semasa cuaca panas di bulan Ramadan adalah memakai baju yang ringan serta berwarna cerah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dinafikan cuaca di Malaysia pada ketika ini amat panas sehingga boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan keletihan. Keadaan menjadi lebih ketara memandangkan ramai umat Islam yang sedang berpuasa.

Hari ini (18 Mac), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan cuaca di waktu pagi agak panas dan cerah hampir di kesemua negeri di Semenanjung.

Susulan itu, MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah ekoran cuaca yang panas terutamanya pada waktu tengah hari serta awal petang.


Gelombang Haba Berbahaya Kepada Kesihatan Orang Ramai

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi perkongsian di laman Facebook memaklumkan bahawa gelombang haba adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas.

Di negara ini, gelombang haba bermaksud suhu maksimum harian yang melebihi 37°C dalam masa tiga berturut-turut.

Dengan cuaca sebegini pasti mereka yang berpuasa lebih mudah berasa haus dan lapar.


Tips Kekal Sihat Dalam Cuaca Panas Di Bulan Ramadan

Cakna dengan situasi umat beragama Islam sedang berpuasa, KKM telah berkongsi beberapa tips berguna yang boleh dipraktikkan oleh orang ramai di bulan Ramadan ini.

Kalau anda ada anak-anak yang sering mengadu mahu berbuka puasa awal kerana cuaca panas, mungkin boleh juga gunakan cara-cara ini. Antaranya:

#1. Pakai Topi Atau Payung

Melindungi diri daripada terkena sinaran matahari dan pancaran haba secara langsung ke badan boleh mengurangkan anda terdedah dengan bahang melampau.

Cara-caranya adalah dengan memakai topi atau payung ketika berada di luar rumah atau bangunan.

Sumber: Unsplash
#2. Guna Kipas Atau Pendingin Hawa

Gunakan perkakas yang boleh menghasilkan angin dingin bagi membantu anda menyejukkan diri daripada cuaca panas seperti kipas berdiri atau pendingin hawa.

Sumber: Freepik
#3. Minum Air Mencukupi Ketika Sahur & Berbuka

Petua ketiga adalah sentiasa mengekalkan hidrasi badan dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi. Dalam tempoh berpuasa ini, adalah penting untuk anda mendapatkan air kosong yang banyak dari tempoh berbuka sehinggalah waktu sahur.

Sebelum ini, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Abud Bakri turut berkongsi cara-cara meningkatkan jumlah penyerapan air dalam tubuh badan khususnya ketika bulan Ramadan.

Sumber: Pexels

Cara-caranya adalah dengan membuat campuran air seperti berikut:

  • 1/4 sehingga 1/2 sudu teh garam (sekitar 500-1000 mg garam).
  • 236 sehingga 473 miligram air.
  • Lemon
  • Makan kurma atau apa sahaja buah untuk mendapatkan kandungan gula.

Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

#4. Pakai Baju Terang & Ringan

Malah, anda juga digalakkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca panas iaitu pakaian ringan, berwarna cerah dan juga longgar.

Sebelum ini, satu kajian telah dijalankan di Jepun oleh Institut Kebangsaan Pengajian Alam Sekitar bagi menyelidik jenis-jenis warna pakaian yang kurang menyerap haba dan sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas.

Sumber: Unsplash

Selain jenis kain pakaian, warna juga memainkan peranan penting bagi memastikan keselesaan seseorang ketika berada di bawah cuaca yang panas, lebih-lebih lagi jika anda banyak berjalan kaki di bawah terik matahari.

Keputusan daripada eksperimen yang dilakukan menunjukkan bahawa warna putih sebagai warna yang paling rendah suhunya dan sekali gus menjadi warna paling ‘sejuk’.

Baca Artikel Berkaitan: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

#5. Tetapkan Masa Lakukan Aktiviti Di Luar

Seterusnya, adalah penting untuk anda mengehadkan masa bagi melakukan sebarang aktviti di luar bangunan.

Melakukan aktiviti di luar dalam cuaca panas ini bukan sahaja mampu mengundang keletihan dan membuatkan tenaga seseorang berkurangan, malah anda juga akan terdedah kepada risiko strok haba.

Baca Artikel Berkaitan: Dr Malar Perjelas Strok Haba Ibarat Radiator Kereta Pecah. Bahaya!

Sumber: Pexels
#6. Elak Duduk Dalam Kenderaan

Yang keenam adalah mengelakkan diri daripada duduk di dalam kenderaan tertutup ketika penyaman udara tidak dihidupkan. Ini berkemungkinan akan menyebabkan suhu badan meningkat selain cepat berasa keletihan.

Sumber: Unsplash
#7. Kurangkan Pengambilan Kafein

Pengambilan air kafein dan bergula adalah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan ketika cuaca panas.

Memetik Harian Metro, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata pengambilan minuman manis serta kafein boleh meningkatkan kepekatan darah sekaligus membawa kepada dehidrasi.

Sumber: Pexels

Hati-hati semua! Yang paling penting adalah mendapatkan minum yang secukupnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd