Now Reading
Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

Minum Air Banyak Ketika Sahur Tapi Kerap Buang Air Kecil? Ini Sebabnya!

Penyerapan air yang baik hanya boleh berlaku jika tubuh badan mempunyai jumlah elektrolit seperti gula dan garam yang seimbang.

Minum Air Banyak Tapi Masih Badan Dehidrasi Ketika Puasa? Ini Puncanya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila seseorang berpuasa pada waktu siang, kandungan air di dalam tubuh badan mungkin akan berkurang dan boleh menyebabkan seseorang mengalami dehidrasi.

Bagi mengelakkan masalah itu berlaku, ramai yang berfikiran bahawa semakin banyak air yang diminum, maka akan lebih banyak air yang tersimpan di dalam tubuh badan.

Tapi perasan tak, makin banyak air kita minum, makin kerap juga kita membuang air kecil kan? Kalau perkara ini berlaku, boleh ke badan kita mengekalkan kandungan cecair di dalam badan?


Doktor Kesihatan Dedah Kenapa Minum Air Yang Banyak Tidak Menjamin Badan Kekal Hidrasi

Menerusi ciapan dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Abud Bakri (@AbudBakri), dia menjelaskan bahawa orang ramai akan minum air dalam kuantiti yang banyak ketika bersahur, kemudian kerap membuang air kecil beberapa jam selepas itu.

Kenapa perkara itu berlaku?

Menurut doktor tersebut, penyerapan air yang baik boleh berlaku dengan adanya ‘Pengangkutan Garam-Glukosa’ atau ‘Sodium-Glucose Transporter’.

Usus kita mempunyai fungsi istimewa iaitu mengangkut garam dan glukosa dan menyerap air pada masa yang sama.

Bagi memastikan badan kita menyerap air dengan efektif, minum air putih sahaja tidak mencukupi. Tips terbaik adalah dengan mengambil pemakanan yang mempunyai kandungan garam dan gula mencukupi.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, tubuh badan kita hanya akan menyerap 5% cecair jika kita hanya minum air putih yang kosong.

Tapi apabila air putih itu ditambah dengan kandungan garam, peratusan air yang diserap boleh meningkat sehingga 70%. Sangat berbeza ya!


Bagaimana Cara Untuk Meningkatkan Jumlah Penyerapan Air Dalam Tubuh Badan?

Apabila dahaga, kita perlu minum air supaya tidak haus berterusan dan mengakibatkan berlakunya dehidrasi. Tapi kalau terlebih minum pun tak bagus juga.

Sebenarnya di pasaran juga sudah ada produk yang boleh membantu anda untuk menyerap air dengan lebih efektif. Tapi kalau anda nak buat sendiri di rumah pun boleh juga.

Cara-caranya adalah dengan membuat campuran seperti berikut:

  • 1/4 sehingga 1/2 sudu teh garam (sekitar 500-1000 mg garam).
  • 236 sehingga 473 miligram air.
  • Lemon
  • Makan kurma atau apa sahaja buah untuk mendapatkan kandungan gula.

Air akan lebih mudah diserap ke dalam tubuh badan sekiranya mempunyai campuran garam dan gula yang seimbang di dalamnya seperti gambar graf di bawah:

Kepada mereka yang mempunyai masalah dari segi penyakit hati dan juga tekanan darah tinggi, anda tidak digalakkan untuk mengambil garam berlebihan dan perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Kebiasaannya mereka yang mempunyai masalah tersebut hanya dihadkan sehingga 2000 miligram garam sehari.

Sekiranya menu sahur anda mempunyai kandungan garam yang tinggi, minum air putih biasa tanpa sebarang campuran juga sudah mencukupi.

Ini kerana garam yang berlebihan dalam badan akan menyebabkan lebih banyak air diperlukan dalam tubuh badan dan anda akan berasa cepat haus.


Tips Untuk Bantu Dari Segi Hidrasi Badan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan

Pengambilan air putih yang mencukupi penting bagi mengekalkan badan anda kekal hidrasi. Minum air pun ada cara tertentu. Antaranya seperti berikut:

  • Minum air yang mencukupi bagi melegakan kehausan ketika bersahur.
  • Tambahkan elektrolit seperti garam kira-kira 500 sehingga 1000 mg bercampur gula.
  • Tambahkan jumlah elektrolit jika anda akan melakukan kerja luar yang menyebabkan badan lebih mudah berpeluh.
  • Minum air mencukupi bagi melegakan kehausan ketika berbuka puasa.

BACA JUGA: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

BACA JUGA: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd