Now Reading
“Bersatu Dengan Alam” – Murid Doa Hujan Turun Waktu Pendidikan Jasmani Bikin Ramai Terhibur

“Bersatu Dengan Alam” – Murid Doa Hujan Turun Waktu Pendidikan Jasmani Bikin Ramai Terhibur

Seorang murid lelaki dilihat mengangkat kedua-dua tangannya ke arah awan mendung dan berdoa agar hujan turun ketika waktu Pendidikan Jasmani.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda tanya pada murid sekolah, sudah pasti ramai bersetuju bahawa waktu Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan silibus kegemaran mereka. Hal ini kerana, waktu itulah mereka dapat merehatkan otak buat seketika dengan melakukan sukan kegemaran bersama rakan-rakan yang lain.

Bagaimanapun, bukanlah semua di kalangan murid berasa teruja dengan waktu PJ itu. Bahkan, ada yang sanggup memberikan pelbagai alasan semata-mata untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti sukan.


Murid Tenung Langit Harap Hujan Turun Ketika Waktu Pendidikan Jasmani

Namun begitu, seorang kanak-kanak lelaki dilihat tidak sempat ‘ponteng’ daripada kelas berkenaan dan terpaksa menyertai rakan-rakan yang lain bersukan.

Menerusi satu hantaran tular di laman TikTok (@srrkhaa), kelihatan sekumpulan murid lelaki yang teruja berada di sebuah padang sekolah.

Kalau anda tonton sendiri klip video berkenaan, memang tidak dapat dinafikan murid-murid tersebut sangatlah aktif dan bertenaga sehinggakan para guru sukar untuk mengawal mereka.

https://www.tiktok.com/@srrkhaa/video/7334987146438216967

Dikala murid-murid tersebut bersuka ria, ada pula salah seorang daripada mereka yang keluar daripada barisan dan merenung awan mendung seolah-olah akan hujan.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak lelaki beragama Kristian itu juga dilihat berdoa dan mengangkat kedua-dua belah tangan ke arah langit selain berharap hujan akan turun.

Dalam ramai-ramai, mesti ada seorang anak murid lain dari yang lain. Tak nak PJ punya pasal, dia dah mula connected dengan alam serta awan mendung.

Pemilik akaun TikTok.

Netizen Terhibur Dengan Gelagat Murid Berdoa Hujan Turun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan gelagat anak kecil yang sanggup berdoa hanya kerana mahu terlepas daripada aktiviti bersukan.

“Dia punya malas nak bersukan sampai doa nak hujan,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@srrkhaa)

Malah, ramai berkata bahawa mereka turut berdoa agar hujan turun semasa waktu PJ berlangsung pada zaman sekolah terdahulu.

“Aku pun dulu waktu PJ memang minta hujan. Tetapi tak pernah dimakbulkan,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@srrkhaa)

Menerusi tinjauan kami, ramai juga di kalangan warganet yang membandingkan aksi dilakukan oleh kanak-kanak itu bersama pemain bola sepak Jude Bellingham.

“Dia tengah buat celebration Bellingham tu,” jelas seorang pengguna laman TikTok.

Sumber: TikTok (@srrkhaa)

Apa Kaitan Aksi Murid Lelaki Dengan Bellingham?

Untuk info, Bellingham merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang kini berada dalam kelab Real Madrid.

Pemain tengah itu dikenali dengan ‘sambutan Bellingham’ di mana dia akan mengangkat kedua-dua tangannya ke atas apabila berjaya menjaringkan gol.

Aksi itu kemudiannya mengundang perhatian orang ramai lebih-lebih lagi peminat bola sepak. Ia juga telah menjadi satu ‘trademark’ buat Bellingham dalam dunia sukan bola sepak.

Sumber: X (@theMadridZone)

Oleh disebabkan aksi seakan sama dengan kanak-kanak itu tadi, maka ramai yang mengaitkannya dengan pemain bola sepak berkenaan. Ada-ada sahaja netizen Malaysia ini.

https://www.tiktok.com/@sommitsports/video/7307068800204033313

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Keras Perut Gelak Tengok Gelagat Pelajar Sekolah Bawa ‘Skeleton’ Naik Motosikal

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat ‘Putera Raja’ Jatuh Dari Tandu Semasa Perbarisan Sekolah Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Adik Ini Menangis Tak Nak Balik, Nak Duduk Di Sekolah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd