Now Reading
[Video] Gelagat ‘Putera Raja’ Jatuh Dari Tandu Semasa Perbarisan Sekolah Buat Ramai Terhibur

[Video] Gelagat ‘Putera Raja’ Jatuh Dari Tandu Semasa Perbarisan Sekolah Buat Ramai Terhibur

Sebelum ‘Putera Raja’ itu terjatuh, tandu yang dinaiki serta diusung oleh sekumpulan murid lelaki itu kelihatan goyah dan tidak stabil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila teringat balik zaman persekolahan, antara memori yang masih segar di ingatan adalah ketika waktu kejohanan sukan.

Mana tidaknya, pada hari itulah kesemua murid termasuklah para guru menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam aktiviti atas padang.

Malah untuk kejohanan sebegini, satu lagi acara popular yang dipertandingkan adalah perbarisan rumah sukan.

Di situlah murid-murid akan menyerlahkan sisi kreatif mereka untuk memainkan watak mengikut tema rumah sukan masing-masing. Memang meriah!


‘Putera Raja’ Jatuh Lepas Naik Tandu Dalam Kejohanan Sukan

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@skmalau) menyaksikan Sekolah Kebangsaan Malau, Kulim, Kedah sedang mengadakan Kejohanan Olahraga SKMalau ke-36.

Dalam video itu, sekumpulan murid daripada rumah sukan biru yang menyertai acara perbarisan dilihat sedang berarak di padang sekolah sambil memperagakan pakaian bertemakan seolah-olah di zaman Kesultanan Melayu.

Pada awalnya, perbarisan itu berjalan lancar seperti biasa namun lain pula yang terjadi apabila sebuah tandu yang diusung oleh beberapa orang murid lelaki untuk mengangkat ‘Putera Raja’ kelihatan goyah dan tidak stabil.

Situasi tersebut kemudiannya menyebabkan murid lelaki yang memainkan karakter ‘Putera Raja’ itu jatuh tersungkur ke tanah.


Guru Berlari Untuk Angkat Tandu

Terkejut dengan situasi tidak diduga, beberapa orang guru rumah sukan yang bertugas dilihat berlari dan mengangkat murid itu untuk diletakkan semula ke atas tandu.

Lebih mencuit hati adalah pasukan perbarisan rumah biru itu kembali meneruskan acara tersebut seperti tiada apa yang berlaku sebelum ini.

Di akhir perkongsian berkenaan, murid lelaki yang terjatuh dilihat dengan santai menunjukkan ‘thumbs up’ ke arah kamera yang sedang merakam momen-momen kejohanan sukan berkenaan.

Sumber: TikTok (@skmalau)

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Murid Perbarisan Dari Rumah Sukan Biru

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat gelagat murid yang terlibat.

“Habis la kena pecat empat orang yang angkat tandu tu,” kata seorang netizen.

Ada juga yang terhibur melihat penampilan ‘Putera Raja’ yang tidak terurus selepas terjatuh daripada tandu itu.

“Sampai senget misai raja muda ini ya,” ujar seorang lelaki.

Malah ada yang turut berjenaka dengan mengatakan ‘Putera Raja’ murka terhadap para pengiring yang membiarkannya terjatuh.

“Habislah… Murka dah paduka raja,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@skmalau)

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Murid Kreatif Reka Rumah Idaman, Netizen Terhibur Baca Perincian Barangan Rumah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Keras Perut Gelak Tengok Gelagat Pelajar Sekolah Bawa ‘Skeleton’ Naik Motosikal

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur Lihat Adik Ini Menangis Tak Nak Balik, Nak Duduk Di Sekolah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd