Now Reading
[Foto] Murid Kreatif Reka Rumah Idaman, Netizen Terhibur Baca Perincian Barangan Rumah

[Foto] Murid Kreatif Reka Rumah Idaman, Netizen Terhibur Baca Perincian Barangan Rumah

Kerja sekolah melukis rumah idaman ini dianggapkan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan penggunaan bahasanya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkongsian kerja sekolah kanak-kanak oleh guru seolah-olah telah menjadi satu trend pada masa kini.

Walaupun sesetengah pihak beranggapan guru tidak sepatutnya berbuat begitu, tetapi ia berfungsi sebagai satu medium bagi masyarakat memahami pemikiran kanak-kanak.

Dalam satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok (@asyhkh4), dia memuat naik tiga gambar kerja sekolah yang dilakukan oleh anak muridnya.

Dianggapkan sebagai kerja sekolah mata pelajaran Bahasa Inggeris berdasarkan penggunaan bahasa, murid-murid diminta untuk melukis rumah impian serta menyenaraikan produk rumah yang diingini mereka.

Murid pertama melukis rumah biasa yang kelihatan seperti banglo dan menyenaraikan produk keperluan peti sejuk, katil dan almari.

Di bahagian perincian, dia meletakkan ukuran bagi setiap produk yang disenaraikannya. Seorang netizen berkata ia seperti perincian produk di IKEA.

Gambar seterusnya menunjukkan reka bentuk yang unik iaitu rumah pokok. Murid tersebut turut melukis gambar seekor Smurf Cat sebagai tuan rumah itu.

Dia menyenaraikan barangan keperluan iaitu katil, peti sejuk dan televisyen dengan perinciannya yang biasa.

Apa yang mencuit hati netizen, adalah penjelasan oleh murid tersebut bahawa peti sejuk digunakan bagi menyimpan ikan di dalam bekas aiskrim.

Mak-mak memang suka simpan bahan mentah dalam bekas aiskrim!


‘Kubur’ Sebagai Rumah Idaman

Paling tidak dijangka apabila seorang murid melukis gambar kubur sebagai rumah idamannya.

‘Hamba Allah’, seperti yang tertulis di bahagian nama, menyenaraikan bacaan Yasin dan surah al-Mulk sebagai ‘produk rumah’ yang diingini.

Menurutnya, bacaan Yasin bertujuan untuk menerangkan kubur, manakala surah al-Mulk pula bagi memberikan perlindungan daripada disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir.

Amat menggelikan hati orang ramai juga apabila dia menggunakan perkataan ‘smack’ yang dimaksudkan disoal.

Di samping itu, seorang netizen sempat mengkategorikan murid-murid berkenaan kepada tiga jenis individu.


Surah Al-Mulk Lindung Dari Seksaan Kubur

Walaupun kompilasi kerja sekolah ini menghiburkan hati ramai orang, ia juga mengandungi ilmu yang penting.

Bagi yang tidak tahu, membaca surah al-Mulk sememangnya mendatangkan banyak kebaikan buat pembacanya.

Surah al-Mulk yang juga disebut sebagai At-Tabaarak (Maha Suci) mengandungi 30 ayat.

Dalam satu riwayat daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Al-Quran mengandungi satu surah terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan mensyafaati pembacanya sehingga dia diampunkan iaitu Tabarakallazi biyadihil Mulk.”

Mereka yang membaca surah ini akan dijauhkan daripada sekesaan di dalam kubur ketika didatangi malaikan Munkar dan Nakir.

Menurut Saidina ‘Abdullah bin Abbas, Allah SWT akan memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apabila pengamalnya hendak diazab kepalanya, akan terdengar satu seruan, “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada Surah Al-Mulk.”

Sumber: TikTok @asyhkh4 | Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd