Now Reading
Cikgu Terkilan Murid Darjah 6 Maki Dengan Kata-kata Kesat

Cikgu Terkilan Murid Darjah 6 Maki Dengan Kata-kata Kesat

Sebenarnya murid lain elok sahaja. Cuma murid ini sahaja yang bermasalah sehingga sanggup memaki cikgu berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang.

Bukan senang nak menjadi seorang tenaga pengajar. Mereka perlu memastikan anak murid memahami ilmu yang disampaikan supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan.

Kerja sekolah merupakan latihan untuk menjadikan anak murid lebih faham dengan apa yang dipelajari.

Namun, ada segelintir murid tidak mengendahkan kerja sekolah yang diberi sehingga sanggup meniru jawapan pelajar lain.

BACA JUGA: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!

Guru terkilan dimaki murid darjah enam

Baru-baru ini, seorang pengguna pengguna Facebook iaitu Mohd Fadhli dalam satu hantaran Facebook miliknya telah berkongsi kisah yang dilalui oleh seorang guru sekolah rendah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, dia meluahkan rasa sedih apabila mengetahui seorang guru telah dimaki dengan kata-kata kesat oleh seorang murid darjah enam.

Fadhli berpendapat tidak mengapa jika seorang murid itu tidak sempat menyiapkan kerja sekolah, asalkan sudah berusaha dan bertanya jika tidak faham.

Murid tersebut sengaja tangguh kerja sekolah

Guru berkenaan agak terkejut ketika mendapat screenshot perbualan murid tersebut yang penuh dengan cacian terhadapnya.

Bila ditanya kepada murid-murid lain, ramai yang seronok dan faham dengan cara pengajarannya ketika di dalam kelas.

Rupa-rupanya, memang murid itu sendiri yang bermasalah kerana dia sengaja menangguhkan segala tugasan yang diberi.

Apabila sudah menimbun, dia merasakan kerja sekolah yang diberikan terlalu banyak.

Kredit: Facebook Mohd Fadhli

Fadhli juga dilihat memberi nasihat kepada ibu bapa supaya memantau telefon anak-anak.

Bukan itu sahaja, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga perlu mempertimbangkan semula tentang peperiksaan dan jadual waktu.

Murid-murid pun berada dalam tekanan apabila belajar secara atas talian.

Ramai risau tengok adab murid terhadap guru semakin hilang

Di ruangan komen, kebanyakan netizen bimbang melihat sikap segelintir murid yang dilihat seperti tidak bersalah apabila menggunakan kata-kata kesat terhdap guru mereka.

Kredit: Facebook Mohd Fadhli
Kredit: Facebook Mohd Fadhli
Kredit: Facebook Mohd Fadhli

Kesimpulannya, murid-murid perlu bijak menguruskan masa dan mendahulukan tugasa yang lebih penting.

Tak salah nak main game dan media sosial, yang penting kena siapkan dulu kerja sekolah.

Bila kita berguru dengan seseorang pula, lebih eloklah menggunakan bahasa yang sopan. Kalau kita menggunakan bahasa yang kesat, macam mana ilmu nak berkat?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd