Now Reading
KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba Dalam Kalangan Murid & Guru

KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba Dalam Kalangan Murid & Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan larangan melakukan aktiviti luar bilik darjah termasuklah kawad kaki, sukan, perkhemahan, permainan dan merentas desa.

KPM Arah Tangguh Aktiviti Luar Bilik Darjah, Elak Strok Haba

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berikutan suhu cuaca yang sangat panas sejak belakangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan kesemua institusi pendidikan di bawah mereka untuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah.

Arahan yang dikeluarkan itu membabitkan semua murid sekolah, guru dan juga pensyarah.

Menerusi kenyataan di laman Facebook KPM, larangan tersebut termasuklah aktiviti kawad kaki, sukan, perkhemahan, permainan, merentas desa serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar kelas.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi KPM juga telah mengeluarkan pekeliling berhubung larangan beraktiviti di luar bilik darjah dan mula berkuat kuasa pada Rabu lalu (3 Mei) bagi mengelakkan serangan strok haba.

Memetik laporan Sinar Harian, Fadhlina memaklumkan bahawa pihak KPM akan memberi kelonggaran untuk sekolah dicutikan sekiranya Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca panas tahap dua selama tiga hari berturut-turut di negara ini.

Terdahulu, satu kes melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut di Kelantan selepas mangsa diserang strok haba.

BACA JUGA: 2 Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Strok Haba, Ini Punca & Langkah Mencegah Yang Ibu Bapa Patut Tahu

Berikutan itu, KPM telah memandang serius perkara ini dan memberi kebenaran khas kepada murid dan guru untuk hanya memakai pakaian sukan sahaja ketika menghadiri sesi persekolahan.

Pada masa yang sama, pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan kepada murid yang masih ingin mengenakan pakaian seragam sekolah.

BACA JUGA: KPM Benarkan Pelajar & Guru Pakai Baju Sukan Ketika Berdepan Cuaca Panas

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: MalayMail)

Perkara Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengelakkan Badan Diserang Strok Haba

Strok haba bukan sahaja boleh berlaku kepada kanak-kanak, malah orang dewasa juga berdepan risiko yang sama di bawah suhu yang sangat tinggi ini.

Keadaan tersebut boleh berlaku apabila badan tidak lagi mempunyai air dan suhu tubuh terlampau panas sehingga melebihi 41 darjah Celcius.

Sumber: Freepik

Antara langkah berjaga-jaga yang boleh dilakukan bagi mengelakkan diri anda daripada diserang strok haba adalah:

  • Elakkan dari memakai pakaian yang terlalu ketat dan menghalang badan untuk mengeluarkan peluh.
  • Sentiasa memakai krim pelindung matahari agar kulit anda dilindungi daripada sinaran matahari yang terlalu panas.
  • Minum air secukupnya bagi mengekalkan hidrasi dalam badan serta membolehkan ia ditukar kepada peluh.
  • Hadkan tempoh ketika berada di luar rumah.
  • Elakkan memakai baju berwarna hitam atau hijau tua kerana pakaian berwarna gelap lebih menyerap haba.

BACA JUGA: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

BACA JUGA: “Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta, Elak Strok Haba” – Datuk Dr Zainal Ariffin Omar


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd