Now Reading
Bapa Bengang Anak Tak Terima Anugerah Cemerlang Sebab Kurang Aktif Dalam Kelas

Bapa Bengang Anak Tak Terima Anugerah Cemerlang Sebab Kurang Aktif Dalam Kelas

Bapa ini mempersoalkan bagaimana guru boleh memberikan anugerah kepada murid selepas memaklumkan tiada peperiksaan dan sistem pemarkahan dilakukan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa murid-murid sekolah rendah tidak lagi diuji dengan peperiksaan besar iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum memasuki sekolah menengah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pemansuhan sepenuhnya peperiksaan tersebut pada tahun 2021 dan menggantikannya dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang bersifat holisitik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.

Baca Artikel Berkaitan: Ambil Kira Kekangan Masa Murid, PT3 2021 Dibatalkan & UPSR Dimansuhkan

Sesetengah ibu bapa meluahkan rasa lega apabila anak-anak mereka tidak lagi dibebani dengan peperiksaan besar, tetapi adakah penilaian menggunakan kaedah terbaharu oleh KPM ini berkesan untuk menguji kemahiran seseorang murid itu?


Ibu Bapa Dakwa Penilaian Pihak Sekolah Tidak Adil

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Kio Khairul), lelaki ini menceritakan perkara yang berlaku kepada anak perempuannya yang baru sahaja memasuki Darjah Satu di sebuah sekolah kebangsaan.

Dia dimaklukan oleh guru bahawa murid-murid tidak lagi diuji dengan peperiksaan dan akan dinilai melalui sistem Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PTD).

Sistem ini akan membolehkan para guru meletakkan tahap seseorang murid itu mengikut kategori TP1 sehingga TP6 di mana semakin tinggi nombor TP, semakin tinggi nilai markah.

Dan of course aku akan bertanya kenapa TP3, kenapa TP5 dan kenapa bukan TP6 dan apa criteria untuk capai TP6. Lepas cikgu explain dari A-Z aku dah faham sebab sistem sekarang yang tiada exam dan grading ni. So TP ni sebagai indikator untuk penilaian anak-anak. Cikgu akan menilai anak-anak dalam kelas.

Pengguna Facebook Kio Khairul.

Namun, sistem ini mula dipersoalkan oleh para ibu bapa apabila guru berkenaan menghantar senarai nama murid di dalam grup WhatsApp.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: MalayMail)

Apabila disoal, senarai tersebut adalah nama murid-murid yang mendapat anugerah cemerlang di sekolah.

Bila selidik, baru tahu itu adalah list nama untuk hari anugerah. Meloncat aku. Awal-awal tahun dulu cikgu cakap tak ada peperiksaan, tak ada grading. Dah tu macam mana cikgu bagi anugerah? Macam mana cikgu nilai anak-anak?

Pengguna Facebook Kio Khairul.

Kesal dengan perkara yang berlaku, pengguna Facebook ini telah berjumpa dengan guru kelas anaknya secara bersemuka untuk meminta penjelasan.

Difahamkan anaknya yang dikenali sebagai Sarah mempunyai TP yang tinggi tetapi kurang menyerlah kerana sering berdiam diri dan tidak aktif di dalam kelas serta aktiviti luar.

Bila tgk keputusan TP Sarah, Alhamdulillah TP5 dan TP6. Tapi no point sebab cikgu cakap yang dapat award tu ada je TP4 tapi sebab dia banyak cakap dan berani bersuara. Ada yang sorang tu TP biasa-biasa je tapi tapi sebab dia ada wakil rumah sukan walaupun tak menang tapi dia mewakili. So dia layak juga dapat award.

Pengguna Facebook Kio Khairul.

Selepas mendengar penjelasan itu, lelaki ini mendakwa murid-murid yang pandai tetapi bersifat ‘introvert’ akan mempunyai peluang yang tipis untuk menerima anugerah dan menonjol di sekolah.

Oleh disebabkan itu, lelaki ini berharap agar sistem peperiksaan dikembalikan semula untuk memudahkan para ibu bapa menilai tahap kemahiran anak-anak mereka selain merasakan sistem TP ini seolah-olah tidak adil kepada mereka yang kurang aktif di dalam kelas.


Netizen Setuju Dengan Pendapat Untuk Kembalikan Peperiksaan Besar Di Sekolah

Perkongsian di laman Facebook oleh seorang bapa itu telah mengundang pelbagai pendapat serta reaksi dari netizen.

Boleh dikatakan rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat lelaki ini yang meminta agar sistem peperiksaaan dikembalikan semula kepada murid sekolah.

Seegelintir ibu bapa juga mengatakan anak mereka turut berdepan masalah sama kerana kurang berkomunikasi ketika berada di dalam kelas.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa sistem terbaharu KPM ini seolah-olah tidak menggambarkan penilaian secara keseluruhan kerana hanya akan menyebelahi murid yang banyak bercakap sahaja.

“Kadang rasa sistem KPM sekarang ini menggambarkan macam mana orang yang buat sistem tu. Kalau kuat bodek dapat la pangkat, kalau pandai buat kerja tapi tak reti bodek sila duduk diam-diam,” kata netizen.

Mereka turut mendakwa faktor pertukaran menteri pendidikan boleh menjadi punca sistem pendidikan negara sentiasa berubah-ubah dan menjadi semakin mengelirukan.

Sumber: Facebook

Terdahulu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut berpendapat bahawa ketiadaan sistem penilaian berpusat seperti UPSR menyukarkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk menilai keupayaan dan potensi sebenar pelajar.

Baca Artikel Berkaitan: “Tanpa UPSR, Sukar Nilai Keupayaan & Potensi Sebenar Pelajar” – Pengerusi MARA

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum ini turut menjelaskan bahawa peperiksaan itu tidak akan dikembalikan semula.

Ini kerana KPM kekal dengan pendirian mahu memfokuskan kepada Tinjauan Pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dalam membangunkan kurikulum sekolah baharu demi memastikan pendidikan masa hadapan yang kukuh.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd