Now Reading
KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli

KPM Tambah Warden Asrama Bagi Elak Kes Buli

Penambahan warden berkenaan adalah sebanyak 63% atau dengan julat kira-kira tiga orang di setiap asrama di bawah KPM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, satu kes buli yang melibatkan murid tingkatan empat dipukul hingga cedera oleh murid tingkatan lima di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak telah menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Isu tersebut mula mendapat perhatian ramai apabila salah seorang ahli keluarga mangsa mendedahkan tentang kejadian yang berlaku di media sosial kerana tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap pelaku.

Susulan perkongsian yang tular, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tidak akan kompromi dengan kejadian buli dan gangguan seksual yang berlaku di semua institusi pendidikan bawah pengurusan mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MCKK: KPM Tegas Tiada Kompromi Dalam Kes Buli & Gangguan Seksual


KPM Tambah Bilangan Warden Asrama Untuk Cegah Kes Buli

Terbaharu, KPM mengumumkan telah menambah bilangan warden sebanyak 63% di semua institusi di bawah kemterian itu sejak 1 Ogos 2022 lalu iaitu dengan julat kira-kira tiga orang dalam sebuah asrama.

Penambahan warden itu dilaksanakan bagi memastikan kes buli dalam kalangan pelajar dapat dihapuskan.

Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam Dewan Rakyat semalam (14 November), KPM juga menganjurkan kempen peningkatan kemahiran warden bersama ketua warden bersesuaian dengan tugas mereka seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Tadbir Urus (MySG).

“Selain itu, kementerian melaksanakan sistem rumah di asrama sebagai antara usaha menghasilkan modal insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah dan kesejagatan kepimpinan serta melakukan program sahsiah unggul murid di sekolah menengah,” jelas beliau.


Mangsa & Pelaku Buli Perlu Dapatkan Sesi Kaunseling

Fadhlina turut menegaskan bahawa KPM sentiasa memandang serius tentang isu kebajikan dan keselamatan murid di bawah kementerian tersebut.

Susulan itu, beliau berkata bahawa mangsa dan pelaku kepada sebarang kes buli akan dirujuk kepada guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan sesi kaunseling.

Bukan itu sahaja, KPM turut berkata bahawa kerajaan mempunyai pasukan tersendiri bagi menangani kes berkenaan.

“Guru Bimbingan dan Kaunseling akan melakukan intervensi bersesuaian bagi memastikan isu berkaitan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan murid terjaga sebagai bentuk perlindungan sementara di sekolah buat mangsa ketika siasatan dilakukan,” tegas beliau.

Menteri tersebut dalam masa sama mengarahkan agar semua kes buli yang dilaporkan berlaku di sekolah untuk dirujuk kepada pengetua dengan kadar segera bagi tindakan lanjut.

Sementara menunggu proses siasatan kes buli atau prosiding mahkamah selesai, pihak sekolah bertanggungjawab untuk memantau disiplin para murid.


3 Saluran Untuk Buat Aduan Tentang Kes Buli

Kepada orang ramai yang mempunyai maklumat atau tahu tentang sebarang gejala buli, anda boleh membuat aduan kepada tiga saluran utama yang disediakan oleh KPM.

Berikut adalah tiga saluran khas tersebut:

Baca Artikel Berkaitan: PIBG MCKK Kesal Tindakan Pihak Sebarkan Kes Buli

Baca Artikel Berkaitan: Tegur Rakan Sebar Video Lucah, Ketua Kelas Lumpuh Ditendang Di Kepala


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd